Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sidang Puncak Asean bermula tanpa wakil Myanmar

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



BANDAR SERI BEGAWAN: Sidang puncak pemimpin Asean bermula semalam tanpa wakil Myanmar, selepas ketua juntanya tidak diundang ke sidang itu ekoran kegagalan pihaknya mengikuti perjanjian damai serantau, dengan pihak tentera juga enggan menghantar perwakilan lebih rendah.



Brunei, sebagai pengerusi Asean, mahupun setiausaha agung blok kumpulan itu tidak menyebut tentang ketidakhadiran Myanmar itu dalam ucapan perasmian pada sidang maya yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.



Pada 15 Oktober lalu, Asean memutuskan untuk tidak mengundang ketua junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, yang menggulingkan pemerintah awam negara itu pada 1 Februari lalu.



Keputusan itu diambil selepas pihak tentera gagal melaksanakan proses damai yang dipersetujuinya dengan Asean pada April lalu untuk berusaha menamatkan krisis berdarah di negara itu.



Langkah itu merupakan langkah berani yang jarang sekali dilakukan kumpulan serantau itu yang dikenali dengan dasar tidak campur tangan.



Brunei sebelum ini menyatakan blok itu akan menjemput wakil bukan politik dari Myanmar, tetapi sehingga semalam tiada pengesahan mengenainya semasa pembukaan sidang puncak itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >