Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sidang Puncak Asean: Bina sistem kesihatan awam, rantai bekalan lebih kukuh dibincang

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong akan menerajui delegasi Singapura dalam Sidang Puncak Asean ke-38 dan ke-39 serta persidangan berkaitan pada 26 hingga 28 Oktober, yang diadakan secara persidangan video.



Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), para pemimpin Asean akan membincangkan tentang bagaimana Asean bersama rakan kerjasama luar dan masyarakat antarabangsa dapat meneruskan usaha bina sistem kesihatan awam dan rantai bekalan lebih berdaya tahan.



Mereka juga akan menyentuh tentang bagaimana mencapai kebangkitan ekonomi lebih kukuh dan lebih bersedia menghadapi krisis masa depan.



Ini sejajar dengan tema pengerusi Asean, Brunei, iaitu "Kami Peduli, Kami Bersedia, Kami Makmur".



Kenyataan itu menjelaskan lagi bahawa para pemimpin itu akan antara lain bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, di samping usaha memperkukuhkan kerjasama serantau dan menggalak keamanan serta kestabilan.



Selain itu, para pemimpin Asean akan bertemu dengan rakan sejawatan mereka dalam Sidang Campur Tiga Asean ke-24, Sidang Puncak Asia Timur ke-16 dan persidangan bersama Australia, China, India, Jepun, Korea, Russia dan Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >