Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sidek Saniff terima gelaran Datuk Seri

Jul 13, 2019 | 06:13 PM



MANTAN Menteri Negara Kanan Sidek Saniff akan menerima anugerah dan gelaran Datuk Seri sempena ulang tahun ke-81 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Abdul Rahman Abbas.


Menurut laporan Free Malaysia Today, Encik Sidek di kalangan 877 individu yang akan menerima anugerah, darjah dan pingat dalam upacara yang bermula hari ini dan disambung pada Isnin hingga Rabu hadapan.



Difahamkan, Encik Sidek, mantan Anggota Parlimen dan Menteri Negara Kanan Pendidikan, akan dianugerahi Darjah Gemilang Pangkuan Negeri kehormat (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.


Bermula sebagai Anggota Parlimen pada tahun 1976, beliau menaiki tangga kepimpinan dan menjadi Menteri Negara Kanan Pendidikan dan kemudian Sekitaran dalam tempoh dari tahun 1996 hingga 2001. 


Encik Sidek memainkan peranan penting di sebalik pelbagai gerakan membantu masyarakat Melayu/Islam Singapura, termasuk pembentukan Yayasan MENDAKI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >