Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siemens, Alstom tubuhkan pusat simulasi isyarat

Oct 14, 2019 | 05:37 PM



KUMPULAN kejuruteraan Siemens dan Alstom akan menubuhkan pusat simulasi isyarat untuk laluan Downtown (DTL)  dan Thomson-East Coast (TEL) di Singapura.





Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan mendedahkan tentang usahasama oleh syarikat konglomerat Jerman, Siemens dan syarikat berbilang negara dari Perancis, Alstom, di Forum Bersama Penyenggaraan Infrastruktur awal hari ini (14 Oktober).



Ini selepas kumpulan kejuruteraan Perancis Thales menubuhkan kemudahan di depot MRT Bishan, berikutan pelanggaran yang berlaku semasa projek semakan isyarat di sini dua tahun lalu.



Encik Khaw berkata kemudahan Thales itu amat berharga dalam operasi mengendalikan laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat.



“Saya  gembira melihat Thales menggunakan kemudahan untuk melatih pelanggan serantau,” katanya di acara yang diadakan di ibu pejabat Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) di Hampshire Road.



LTA berkata kemudahan DTL terletak di Depot Gali Batu, sementara kemudahan TEL di Depot Mandai.



Kemudahan simulasi isyarat  itudipasang dengan peralatan perkakasan dan perisian sofwe yang akan mencerminkan sistem isyarat sebenar DTL dan TEL. 



Ini akan membolehkan LTA dan pengendali kereta api menguji sofwe itu dengan ketat di sebelum ia digunakan di laluan utama, kata LTA.



Kemudahan baru ini dijangka beroperasi secara bertahap-tahap, mulai akhir tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >