Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN

Sifat tabah, perpaduan rakyat dipamer dalam segmen persembahan NDP

Adrian Pang dilantik Pengarah Kreatif NDP 2022
Jun 30, 2022 | 05:30 AM



SIFAT ketabahan, kebolehsesuaian dan semangat perpaduan rakyat Singapura merupakan antara nilai yang akan diraikan dalam segmen persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.



Berjudul The Story of Us, ia akan mempamerkan perjalanan kolektif rakyat Singapura sepanjang dua tahun lalu berjuang dan beransur keluar daripada wabak Covid-19 bersama.



Persembahan tersebut akan dibahagikan kepada lima segmen. Ia bermula dengan visi penduduk yang berkembang maju dalam dunia penuh kepuasan, kestabilan, keselamatan sebelum kehidupan terjejas akibat wabak Covid-19.



Tanggungjawab untuk mempamerkan persembahan tersebut, yang akan diadakan Pentas Terapung di Marina Bay itu, diberikan kepada Encik Adrian Pang, 56 tahun.



Beliau pengasas bersama sebuah syarikat teater tempatan Pangdemonium dan ini kali pertama beliau menggalas tugas sebagai Pengarah Kreatif NDP.



Dalam sidang media NDP semalam, Encik Pang telah bercakap tentang inspirasinya dalam persembahan NDP tahun ini.



Beliau berkata cabaran persembahan tersebut adalah memastikan bahawa semua rakyat Singapura diwakili.



"Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang. Anda hanya perlu mencipta sesuatu yang diharap dapat dirasakan dalam beberapa cara yang kecil untuk seberapa ramai orang mungkin," kata Encik Pang.



Lebih 2,000 peserta akan terlibat dalam persembahan secara langsung di Pentas Terapung Marina Bay itu.



Sekitar 1,300 belia dari sekolah menengah hingga institusi pengajian tinggi juga terlibat - menjadikan mereka sebagai antara penyertaan belia terbesar dalam sejarah NDP.



Mereka termasuk peserta di atas pentas, jurusolek dan motivator penonton.



Ditanya keputusan melantik Encik Pang sebagai Pengarah Kreatif tahun ini, Pengerusi Jawatanuasa Persembahan NDP, Kolonel Mikail Kalimuddin, berkata hasil kerja beliau berkualiti.



"Namun yang lebih penting ialah jenis penerbitan syarikatnya menarik spektrum luas rakyat Singapura dan melibatkan isu-isu yang membabitkan mereka. Inilah yang saya cuba lakukan untuk persembahan tahun ini," kata Kolonel Mikail.



Dalam pada itu, sebuah filem selama 15 minit berjudul Connections akan ditayangkan secara selang seli bersama lima segmen The Story of Us itu.



Filem tersebut akan memaparkan pelakon watak menyokong antara satu sama lain semasa sekatan Covid-19.



Pengarah filem tersebut, Encik Ken Kwek, yakin setiap rakyat Singpura akan melihat diri mereka sendiri dalam filem tersebut.



"Ia bukan filem tentang perintis. Ia bukan filem tentang wira atau atlet Olimpik yang luar biasa.



"Ia adalah filem tentang jiran tetangga anda, keluarga anda, rakan sekerja anda dan juga diri anda. Ia tentang anda juga, dan bagaimana anda berjaya mengharungi cabaran Covid-19 ini," katanya.



NDP 2022 akan dihoskan oleh penyampai radio Joakim Gomez dan Sonia Chew, pelakon teater Siti Khalijah dan pelawak Rishi Budhrani.



Ia juga akan menampilkan selebriti seperti DJ Tinc, penyanyi Aisyah Aziz, dan artis 'hip-hop' Shigga Shay.




SEKILAS



■ Sekitar 500 pelajar sekolah menengah dan 800 belia dari institusi pengajian tinggi antara yang jayakan persembahan NDP 2022.



■ Pentas Terapung Marina Bay akan tampilkan struktur ‘sayap pentas’ yang disusun khas.



■ Persembahan kali ini akan gabung persembahan secara langsung di pentas terapung dan persembahan di pelbagai estet kejiranan Singapura.



■ NDP 2022 akan dihoskan oleh penyampai radio Joakim Gomez dan Sonia Chew, pelakon teater Siti Khalijah, dan pelawak Rishi Budhrani. Ia juga akan menampilkan selebriti seperti DJ Tinc dan penyanyi Aisyah Aziz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >