Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sijil halal tidak harus pincangkan masyarakat buat keputusan

Sep 23, 2018 | 05:30 AM



PENSIJILAN halal bertujuan memberi keyakinan kepada masyarakat setempat apabila memilih tempat makan atau membeli produk makanan atau minuman tetapi ia tidak harus menjejas kemampuan masyarakat membuat keputusan sendiri.



Ini dinyatakan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram semasa memberi contoh isu sijil halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) apabila mengulas tentang pentingnya masyarakat diperkasakan dengan ilmu agar berdikari dalam urusan agama kehidupan mereka sendiri.



"Tetapi tidak pernah menjadi matlamat pensijilan halal Muis ini sejak 30 tahun lalu sampai sekarang menjadi sebagai satu perkara yang amat mengikat dengan panduan yang sangat teknikal.



"Kita tidak mahu pensijilan halal menjadi satu sistem menjadikan masyarakat tidak boleh membuat keputusan sendiri," ujar Mufti dalam wawancara dengan Berita Harian/Berita Minggu, baru-baru ini.



Mufti menambah:



"Antara perkara yang saya rasa agak kurang senang apabila sampai masyarakat kita nak beli beras pun pilih yang ada sijil halal. Adakah ini kesan daripada sijil itu?



"Ataupun ini satu implikasi daripada sebahagian anggota masyarakat yang tidak mempunyai keyakinan dan kemahuan membuat keputusan sendiri?"



Mufti akur memang manusia secara fitrah ada kecenderungan memilih mana yang lebih ringkas dan mudah tetapi masyarakat tidak boleh menjadi malas berfikir dan membuat keputusan.



Dr Fatris menceritakan beberapa tahun lalu, sebelum beliau menjadi Mufti, beliau pernah menerima panggilan daripada seorang individu yang berada di sebuah restoran di luar negara.



Individu itu telah menelefon Muis untuk bertanyakan adakah beliau boleh makan di restoran berkenaan.



"Itu tidak boleh dibiarkan berkembang dan membentuk satu budaya keagamaan masyarakat kita, yang menanti panduan kita yang terlalu terperinci seperti itu," kata Mufti.



Pensijilan Halal Muis diperkenalkan pada 1978 dan merupakan satu skim yang dilaksanakan secara sukarela.



Berita Harian melaporkan sebelum ini sebanyak 4,456 premis diberikan sijil halal pada tahun lalu, peningkatan sekitar 11 peratus berbanding 4,017 pada 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >