Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sijil keputusan asli PSLE tidak diberikan dek yuran tertunggak ialah amalan dari dahulu: MOE

Nov 27, 2019 | 12:01 PM



AMALAN tidak memberikan keputusan asli Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) jika pelajar masih mempunyai yuran tertunggak merupakan suatu amalan yang sudah ada sejak dahulu lagi, kata Kementerian Pendidikan (MOE).



Dalam responsnya kepada satu pos Facebook yang banyak dikongsi baru-baru ini oleh kaunselor kerjaya dan aktivis, Encik Gilbert Goh, MOE berkata:



"Dalam kes yang diketengahkan di Facebook, ibu bapa pelajar itu tidak membayar yuran kecil-kecil lain (miscellaneous) selama dua tahun walaupun telah diberi beberapa peringatan, dan mereka tidak melakukan sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan MOE atau yang berasaskan-sekolah, yang akan meliputi segala kos itu.



"Pelajar itu masih akan terima salinan sijil keputusannya, bukan sijil asal dan dia masih boleh memohon ke sekolah menengah dan akan maju seperti semua pelajar." 



Dalam pos itu, Encik Goh berkata beliau terserempak ibu bapa yang mempunyai anak perempuan yang menerima salinan sijil keputusan PSLEnya, dan bukan sijil asli.



Oleh sebab kewangan, keluarga tersebut tidak membayar yuran sekolah sebanyak $156.



Pos itu telah dikongsi sebanyak lebih 3,000 kali dan menerima lebih 1,000 komen, lapor The Straits Times.



MOE menegaskan bahawa sijil keputusan asli tidak diperlukan untuk memohon bagi sekolah menengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >