Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sijil kesihatan Covid-19 SG sesuai dengan sistem EU

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan mengeluarkan sijil kesihatan Covid-19 yang bersesuaian dengan sistem Sijil Covid Digital (DCC) Kesatuan Eropah (EU) mulai 7 Disember ini.



Ia akan membolehkan perjalanan lebih mudah antara Singapura dengan rantau berkenaan.



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, berkata ini juga akan memberi akses kepada skim atau langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi dalam EU bagi mereka yang memiliki sijil ini.



Mulai tarikh tersebut, Singapura juga akan menerima sijil vaksinasi yang dikeluarkan dalam format DCC EU oleh negara anggota EU dan negara bukan anggota EU yang telah menyertai sistem DCC EU itu.



Encik Iswaran berkata ini bermakna pengunjung dari negara VTL dengan DCC EU yang dikeluarkan negara bukan VTL juga boleh memasuki Singapura di bawah skim VTL.



Hingga kelmarin, kesemua 27 negara anggota EU mengeluarkan sijil Covid-19 dalam format DCC EU.



Sebanyak 24 negara bukan anggota EU turut menyertai sistem itu termasuk Singapura, New Zealand, Israel, Turkey, Britain dan Switzerland.



Langkah itu menyusuli keputusan Suruhanjaya Eropah (EC) agar sijil digital ujian dan vaksinasi Covid-19 yang dikeluarkan Singapura akan dianggap setara dengan sijil yang dikeluarkan negara anggota EU.



"Kami menyambut baik keputusan EC itu dan maklum bahawa Singapura merupakan negara Asia Tenggara pertama yang diberi status sedemikian.



"Agensi kami sedang memuktamadkan hubungan teknikalnya," ujar Encik Iswaran.



Sedang Singapura terus membuka semula sempadannya untuk membina semula statusnya sebagai hab penerbangan dan perniagaan global, beliau berkata negara ini akan terus memantau situasi kesihatan awam sedunia dengan rapat, khususnya bagi kemunculan varian baru, dan mengenakan langkah perlindungan tambahan jika perlu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >