Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sijil lahir, mati beralih ke digital

Langkah akan permudah proses pendaftaran bagi ibu bapa bayi serta waris si mati; tiada lagi sijil fizikal
May 09, 2022 | 05:30 AM



MULAI 29 Mei ini, sijil kelahiran dan kematian tidak lagi diberikan dalam bentuk fizikal.



Sebaliknya, ia akan digantikan dengan salinan digital, menurut kenyataan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam.



Proses pendaftaran kelahiran dan kematian juga akan diperkemas dan dipermudah.



Ia akan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian dari tarikh tersebut.



Ini bermakna ibu bapa tidak lagi perlu mengunjungi hospital atau Bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) secara fizikal untuk mendapatkan sijil kelahiran bayi mereka.



Sebaliknya, mereka perlu mendaftarkan kelahiran bayi mereka melalui aplikasi LifeSG dalam tempoh 42 hari setelah anak itu dilahirkan.



Setelah pendaftaran dibuat, ibu bapa akan diarah supaya memuat turun sijil kelahiran anak itu dalam bentuk digital melalui khidmat dalam talian ICA.



Mereka akan diberi tempoh 90 hari untuk memuat turun sijil kelahiran digital itu yang kemudiannya boleh disimpan dalam peranti peribadi mereka.



Pemberian sijil kelahiran digital itu menelan kos $18, harga yang sama perlu dibayar kepada ICA buat masa ini.



Proses ini berbeza dengan proses sediakala di mana ibu bapa mendaftar secara fizikal di hospital di mana anak mereka dilahirkan atau Bangunan ICA dan akan menerima sijil kelahiran secara fizikal.



Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat pendaftaran tersebut melalui LifeSG, namun masih perlu mengambil sijil kelahiran fizikal anak mereka di hospital atau Bangunan ICA.



Aplikasi LifeSG, atau sebelum ini dikenali sebagai 'Moments of Life' dilancarkan pada 2018 dan merupakan sebahagian daripada daya usaha Negara Bijak Singapura.



Mengulas tentang perubahan terkini itu, Timbalan Pesuruhjaya (Dasar dan Transformasi) ICA, Cik Cora Chen berkata:



"Pendigitalan proses pendaftaran kelahiran dan kematian, dan pemberian sijil digital akan memberikan lebih kemudahan kepada ibu bapa bayi yang baru dilahirkan serta mengurangkan kerumitan pentadbiran bagi waris si mati agar mereka dapat memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting pada masa itu.



"Menjangkakan peningkatan jumlah dokumen digital, terdapat juga rancangan untuk melancarkan repositori dokumen digital sehenti yang selamat untuk semua warga mengakses dokumen rasmi mereka dengan mudah."



LAPORAN SELANJUTNYA: Tidak perlu daftar kematian secara fizial mulai 29 Mei




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >