Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sikap ganas ke atas duta jarak selamat: 6 disiasat

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI enam orang disiasat dalam lima kes berasingan atas tuduhan bersikap ganas terhadap duta jarak selamat (SDA) yang bertugas, kata pihak polis dalam satu kenyataan semalam.



Lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 dan 68 tahun terlibat dalam lima insiden berasingan sepanjang dua bulan ini. Polis mendedahkan siasatan awal bermula pada 13 Oktober dan hingga kes kelima pada 3 November.



Kes-kes yang dilaporkan kesemuanya melibatkan pengunjung pusat beli-belah yang tidak patuh dengan pengurusan langkah selamat (SMM) dan apabila ditegur, mereka menunjuk kemarahan lalu mengakibatkan keganasan atau kata-kata kesat.



Tempat-tempat berkenaan adalah di Canberra Plaza, Chinatown Point, Buangkok Square dan Pusat Singpost.



Untuk memasuki pusat beli-belah, setiap individu harus menunjukkan status vaksinasi sebelum dibenarkan masuk. Antara lain, pengunjung harus ikut peraturan SMM yang sedia ada.



Individu yang didapati bersalah atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang pekerja perkhidmatan awam menjalankan tugasnya boleh dihukum lalu dipenjara hingga empat tahun, didenda atau kedua-duanya.



Bagi yang didapati bersalah menggunakan kata-kata kesat, mengugut atau menggunakan kata-kata hinaan terhadap pekerja perkhidmatan awam, juga boleh dihukum di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan. Mereka boleh didenda tidak lebih $5,000, dipenjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya.



Jika pesalah didapati bersalah menyebabkan kecederaan dengan sengaja semasa menghalang pekerja perkhidmatan awam menjalankan tugasnya, pesalah boleh dihukum dan dikenakan denda atau sebatan, dipenjara hingga empat tahun atau kedua-duanya.



Individu yang bersalah kerana melanggar Peraturan Covid-19 (Langkah Sementara) boleh didenda hingga $10,000 atau dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.



Polis memandang serius perbuatan atau tingkah laku kesat terhadap keselamatan SDA, dan pesalah akan ditangani mengikut undang-undang.



Orang ramai juga dinasihatkan agar ambil serius semua SMM sedia ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >