Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sikap sabar, rendah hati pupuk perpaduan kaum SG: DPM Heng

Beberapa insiden baru-baru ini beri perhatian pada keharmonian kaum; tunjuk warga S'pura ingin bentuk masyarakat yang lebih baik
Aug 14, 2021 | 05:30 AM



KEUPAYAAN warga Singapura untuk bersabar dan bersikap rendah hati dalam menghadapi kepelbagaian dalam masyarakat antara faktor yang memupuk perpaduan di sini, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Ini terutama bagi isu kaum dan agama yang mengundang reaksi penuh emosi.



Bercakap semasa berucap di forum Membentuk Masa Depan Singapura anjuran Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam, Encik Heng menggesa warga Singapura untuk terus bersikap rendah hati untuk menyedari dan memperbaiki sikap berat sebelah atau perkara yang tidak disedari dalam isu sensitif seperti kaum.



Mengulas lanjut, beliau berkata beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini telah menumpukan perhatian pada keharmonian sosial di sini dan menunjukkan dengan jelas keinginan warga Singapura membentuk masyarakat yang lebih baik berhubung perkara ini.



Encik Heng turut menekankan penduduk di sini bukan hanya perlu sedar akan kepelbagaian pandangan yang wujud berhubung isu-isu sedemikian, malah juga tentang kepelbagaian dalam cara mendekatinya isu-isu ini.



Sebagai contoh, Encik Heng berkata dalam percubaan menegur kesilapan, warga Singapura perlu membuang tanggapan bahawa semua tindakan dan komen berkaitan isu tersebut secara menyeluruhnya negatif.



Tambahnya: "Kemajuan tidak boleh dicapai apabila hanya satu sudut pandangan diperjuangkan. Kita harus mendapatkan sudut pandangan berbeza dan meluaskan ruang di mana semua sudut pandangan ini dapat bertemu."



Ini dapat menyumbang kepada perpaduan yang amat bernilai tetapi 'rapuh' di Singapura, yang merupakan salah satu kekuatan terbesar negara, katanya.



Encik Heng berkata demikian dalam forum yang merupakan sebahagian Siri Penceramah Cemerlang NUS115, yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-115 universiti itu.



Dalam ucapannya yang telah dirakam lebih awal itu, Encik Heng menyentuh tentang tiga kekuatan Singapura - perpaduan yang dipupuk dengan teliti, keupayaan kreatif yang boleh berkembang dalam ekonomi terbuka dan kompak sosialnya yang dibentuk melalui usaha kolektif.



Namun, seperti kebanyakan isu sosial, terdapat idea berbeza bagaimana kemajuan boleh dicapai.



Ini bermakna perbincangan perlu diadakan secara terbuka tetapi sensitif, kata Encik Heng, sebelum menambah generasi warga emas Singapura mempunyai pengalaman berbeza berbanding golongan muda.



Golongan muda yang tidak melalui tahun-tahun penuh cabaran selepas kemerdekaan Singapura secara umumnya mempunyai pendidikan yang lebih baik dan lebih terdedah kepada acara dan trend global, kata Encik Heng.



Mereka biasanya lebih selesa untuk mengutarakan pandangan berkaitan kaum dan agama secara terbuka, terutama di media sosial.



"Saya harap perpaduan yang kita bina selama ini dapat bertahan dengan baik," kata beliau.



Berkaitan topik kompak sosial Singapura, Encik Heng berkata lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk membantu tiga golongan ini - pekerja bergaji rendah, warga emas dan mereka yang mengalami isu mental.



Anggota masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membantu golongan-golongan ini memenuhi keperluan mereka, katanya.



Contohnya, majikan perlu membantu pekerja bergaji rendah untuk mempertingkat kemahiran.



Pengguna pula perlu bersedia mengeluarkan bayaran lebih tinggi bagi khidmat yang disediakan pekerja bergaji lebih rendah untuk menambah gaji pekerja sedemikian.



Setiap individu pula berperanan menggalak warga emas terus aktif dan memastikan kesejahteraan mental mereka, kata Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >