Sikap tidak bertanggungjawab individu dalam kelompok KTV bukan sebab kembali perketat langkah Covid-19: Ong Ye Kung, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Sikap tidak bertanggungjawab individu dalam kelompok KTV bukan sebab kembali perketat langkah Covid-19: Ong Ye Kung

Jul 22, 2021 | 12:54 AM

SIKAP tidak bertanggungjawab individu dalam kelompok kelab KTV bukan sebab bagi kembalinya Singapura ke Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) bagi pembukaan semula Singapura, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Seperti orang lain, beliau yang menulis di Facebook pada Rabu (21 Julai) akur turut bersedih dengan tindak-tanduk golongan ini.

Namun, pasukan bertindak berbilang kementerian tentang Covid-19 merasakan ia boleh mengawal kelompok KTV dan mengambil keputusan untuk membuka premis makanan dan minuman awalnya dengan sekatan diperketat termasuk membolehkan mereka yang sudah menjalani vaksinasi penuh agar keluar makan bersama dalam kumpulan sehingga lima orang.

Encik Ong yang menjadi pengerusi bersama pasukan bertindak ini mengatakan beliau menerima beberapa pertanyaan termasuk dalam kalangan teman-temannya menerusi WhatsApp - mereka bertanya sebab Singapura kembali pada fasa sebelum ini dan sama ada setiap orang harus menerima akibat daripada kesilapan segelitir orang yang tidak bertanggungjawab?

Encik Ong menambah bilangan kes kelompok KTV telah merosot dalam masa beberapa hari lalu. Kelompok ini mempunyai sejumlah 215 kes. Lapan daripada kes baru ini dilaporkan dalam kelompok ini pada Rabu.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Apa yang menyebabkan kita kembali pada Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) adalah kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong," kata Encik Ong.

"Malang sekali, sedang penjual ikan dan pembantu gerai kita mencari rezeki setulusnya, mereka dijangkiti di pelabuhan itu. Sedang mereka bekerja di beberapa pasar merata pulau, lebih banyak kes masyarakat dilaporkan," ujar Encik Ong.

Beliau menambah pasar itu kerap dikunjungi warga emas, kebanyakannya masih belum menjalani vaksinasi.

"Perkara ini paling membimbangkan dan kita berdepan dengan risiko bertambahnya kes yang tidak dapat dikawal, yang mungkin berpotensi menyebabkan banyak penyakit teruk atau kematian," jelasnya memberi amaran. "Justeru, kita perlu terlebih dahulu perketat kegiatan sosial kita," katanya lagi.

Dalam posnya, Encik Ong yang juga menyentuh tentang langkah menggantung ketetapan makan bersama di premis makanan dan minuman, sedangkan tiada kes dikesan dalam lokasi berkenaan.

"Malang sekali, tidak sebegitu bentuk jangkitannya. Jika lima orang bertemu untuk makan malam, setiap orang mempunyai lima orang di rumah, yang kemudian bertemu teman mereka dalam kumpulan seramai lima orang, kita akan mempunyai rangkaian seramai (125 orang) bagi virus itu kemudian merebak sendiri," jelasnya yang menambah keadaan itu akan memacu lagi masalah kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.

Dalam pada itu, Encik Ong juga menambah 50 peratus penduduk sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

"Ia adalah kadar yang baik tetapi perlu dipertingkat lebih tinggi lagi. Peratusan ini akan bertambah sebanyak 1 peratusan mata setiap hari. Dalam masa dua minggu, kita akan berada pada kadar 64 peratus atau lebih. Keadaan ini akan meletakkan kita dalam kedudukan lebih kuat dan berdaya tahan apabila kita menyemak undang-undang Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat)," ujar Encik Ong.

Beliau menambah Singapura begitu dekat dengan kedudukan lebih kuat dan lebih yakin.

"Melihat graviti kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, kami berasakan bukan masanya untuk mengambil risiko buat masa ini. 

"Ia adalah keadaan yang membingitkan tetapi saya harap dengan penjelasan saya ini, kita dapat memahami mengapa langkah ini perlu," katanya lagi.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map