Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z

Sikap tidak putus asa bawa kejayaan dalam bidang perakaunan

Aug 03, 2022 | 06:23 AM



GENGGAM bara api biar sampai jadi arang.



Keputusan Cik Nur Fatin Hanani Mohamad Mohideen untuk meneruskan pengajian di politeknik walau gagal memasuki jurusan perakaunan akhirnya menghasilkan ganjaran selepas beliau melayakkan diri ke jurusan perakaunan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) beberapa tahun lalu.



Malah, baru-baru ini, Cik Fatin Hanani, 24 tahun, juga telah melengkapkan pengajiannya di SMU dan memulakan kerjaya di Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) sebagai Pegawai Cukai.



Berkongi pengalamannya dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, Cik Fatin berkata beliau berhasrat menyertai bidang perakaunan sejak di sekolah menengah.



"Minat saya dalam perakaunan tercetus semasa saya bekerja sebagai seorang pembantu runcit sambilan selepas peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O'. Antara tugas saya adalah menyediakan laporan kewangan dan melakukan tugas juruwang," kata Cik Fatin.



Namun keputusan peperiksaan GCE 'O' beliau tidak memadai untuk layak memasuki dalam bidang perakaunan dan Cik Fatin terpaksa menangguh cita-citanya itu.



Justeru beliau mengikuti kursus Bangunan Hijau dan Kemampanan di Politeknik Temasek (TP), yang merupakan pilihan ke-11.



Mujur beliau bertemu dengan pensyarah kursusnya, Encik Aubrey Koh, yang memberinya nasihat.



"Beliau memberitahu saya supaya jangan berputus asa kerana saya boleh beralih kepada bidang lain jika saya raih Purata Nilai Gred (GPA) yang baik. Kata-katanya memberi saya motivasi untuk bekerja keras dan cuba beralih kepada bidang perakaunan kelak," ujar Cik Fatin, yang masih menghubungi Encik Koh dari masa ke masa.



Menyusuli itu, Cik Fatin berjaya mengetepikan kekecewaannya itu dan mula menumpukan perhatian kepada pengajiannya dalam jurusan Bangunan Hijau dan Kemampanan.



Akhirnya, beliau berjaya melayakkan diri ke SMU dalam bidang perakaunan yang dikejarnya.



Baru-baru ini, Cik Fatin, anak bongsu dalam keluarga dua adik-beradik, menerima ijazah Sarjana Muda Sains Sosial bidang Perakaunan serta Data dan Analitik Perakaunan, menjadi lulusan universiti pertama dalam keluarganya.



Beliau menyifatkan kejayaan itu bukan sahaja miliknya, malah milik keluarganya juga.



"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana sentiasa mendoakan dan memberi sokongan selama ini," ujar Cik Fatin kepada ibu bapanya, Cik Zainab Darus, 60 tahun, dan Encik Mohamad Mohideen Packir Rowther, 57 tahun.



Di luar bidang akademik, Cik Fatin juga giat dalam khidmat kemasyarakatan.



Antara penglibatannya termasuk dua projek khidmat masyarakat di luar negara iaitu Projek Xing Fu.



Pada 2019, beliau bersama beberapa pelajar SMU pergi ke Malaysia untuk membantu wanita dan kanak-kanak pelarian Rohingya.



Di Johor Bahru, mereka bekerjasama dengan badan bukan meraih untung Cahaya Suria Bakti (CSB) dalam mengadakan program seperti kelas celik kewangan, matematik dan kebersihan diri.



Menurut Cik Fatin, pengalaman itu menyentuhnya dan mendorongnya melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.



Cik Fatin telah mula bekerja sebagai Pegawai Cukai di Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) - tempat beliau menjalani latihan amali dua tahun lalu.



Menurut Cik Fatin, beliau berharap pencapaiannya ini dapat memberi inspirasi kepada belia lain yang mungkin berada dalam keadaan serupa.



"Mungkin ada yang rasa keliru dan tiada bimbingan menyeluruh. Namun, kita perlu yakin pada diri sendiri dan jangan putus asa," katanya.




"Minat saya dalam perakaunan tercetus semasa saya bekerja sebagai seorang pembantu runcit sambilan selepas peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O'. Antara tugas saya adalah menyediakan laporan kewangan dan melakukan tugas juruwang"
- Cik Nur Fatin Hanani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >