Silap bayar: CPF dapatkan kembali geran Medisave $1.7 juta
Apr 06, 2017 | 05:30 AM
LEMBAGA Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan mendapatkan semula geran Medisave bernilai $1.7 juta yang dibayar kepada lebih 800 kanak-kanak ekoran kesilapan pemprosesan.
Dari Mac 2016 hingga Januari 2017, seramai 885 kanak-kanak yang menjadi warga Singapura telah menerima Geran Medisave bagi Bayi bernilai antara $1,000 dengan $3,000 dalam Akaun Medisave mereka - lebih banyak daripada jumlah yang layak diterima, kata CPF dalam kenyataan semalam.