Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Silap beri rebat Baucar GST: MOF telah mula dapatkan semula wang

Aug 02, 2022 | 05:30 AM

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) telah mula mendapatkan semula rebat Baucar GST (GSTV) - U-Save yang tersilap diberi kepada isi keluarga tidak layak pada tahun kewangan lalu.

Kesilapan itu ditonjolkan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) dalam laporannya bulan lalu. Semasa auditnya, ia mendapati 5,120 rebat berjumlah $864,500 diberi kepada 3,166 isi rumah tidak layak.

Di Parlimen semalam, Menteri Kedua (Kewangan), Cik Indranee Rajah, berkata jeda masa dan kesilapan data dikesan sebagai dua sumber kelemahan semasa audit AGO itu. Isu jeda masa itu menjejas sekitar 0.3 peratus daripada semua isi rumah yang menginap di flat HDB.

Terdapat lagi 23 kes rebat U-Save diberi walaupun tidak ada warga Singapura dalam isi rumah itu disebabkan kesilapan dalam pangkalan data agensi, katanya.

Cik Indranee berkata MOF sedang bekerjasama dengan agensi data untuk mengetatkan proses operasinya bagi memastikan ia menggunakan data terkini untuk mentadbir skim GSTV - U-Save.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) dan Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) tentang punca pengagihan kepada isi rumah tidak layak.

Cik Indranee berkata MOF menggunakan data daripada beberapa agensi pemerintah untuk menentukan kelayakan isi rumah bagi rebat GSTV - U-Save. Data yang digunakan termasuk identiti pemilik dan penghuni flat HDB, bilangan dan jenis hartanah yang mereka miliki, serta status kerakyatan dan apakah mereka masih hidup.

Agensi pemerintah relevan mempunyai proses untuk memastikan pangkalan data mereka dikemas kini, katanya. Bagi jaminan tambahan, MOF melibatkan juruaudit luar bagi menjalankan audit tahunan ke atas logik peruntukan rebat U-Save, demi memastikan isi rumah diberi jumlah rebat betul.

Bagi pembayaran U-Save yang menjadi subjek laporan AGO, tiada kesilapan dikesan semasa semakan awal itu, kata Cik Indranee.

Beliau menerangkan salah satu syarat kelayakan bagi rebat itu ialah isi rumah mesti mempunyai warga Singapura yang masih hidup.

AGO mendapati beberapa isi rumah diberi rebat yang mereka tidak layak terima, kerana satu-satunya warga Singapura dalam isi rumah itu telah meninggal dunia pada tarikh yang digunakan untuk menentukan kelayakan.

"Kesilapan itu timbul kerana terdapat jeda masa dalam data status hidup beberapa warga yang telah meninggal dunia, disebabkan pemprosesan rekod yang sah selepas kematian mereka," kata Cik Indranee.

Sebagai contoh, tarikh yang digunakan bgi menentukan kelayakan ialah 1 Disember. Kematian warga pada 30 November mungkin tidak dikemas kini dalam pangkalan data agensi hingga selepas 1 Disember, kerana masa diperlukan untuk mendokumenkan dan memproses rekod kematian. Jadi isi rumah telah ditandakan sebagai layak.

Pada masa audit AGO, data yang dikemas kini menunjukkan tarikh kematian pada 30 November dan isi rumah itu tidak layak.

"Sedang kami cuba berusaha memastikan data kami dikemas kini secepat mungkin, ada kekangan praktikal," kata Cik Indranee.

Menjawab soalan lanjut Cik He mengenai tindakan yang diambil bagi mendapatkan kembali wang itu dan garis masa untuknya, Cik Indranee berkata beliau tidak mempunyai angka tepat buat masa ini kerana ia masih dalam proses, tetapi MOF sedang melakukannya secepat mungkin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3