Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH SUKAN SINGAPURA

Silat rangkul tiga anugerah

May 16, 2019 | 05:30 AM



SKUAD silat Singapura pulang dari Majlis Anugerah Sukan Singapura malam kelmarin dengan senyuman besar terukir di bibir.



Di majlis yang meraikan bakat-bakat terbaik sukan Singapura, menyaksikan pasukan silat negara menjadi pemenang terbesar pada malam itu setelah berjaya membolot tiga anugerah.



Sheik Alau'ddin Yaacob Marican dinobat sebagai Jurulatih Terbaik, manakala juara dunia dalam kategori tanding Kelas B (50-55kg), Muhammad Hazim Mohd Yusli pula meraih anugerah Atlit-Pelajar Lelaki Terbaik.



Pasangan Nur Azlyana Ismail dan Nurhanishah Shahrudin yang menjadi juara dunia bagi acara Seni Ganda Puteri di Kejohanan Pencak Silat Dunia melengkapkan malam penuh gemilang skuad silat negara dengan memenangi Pasukan Terbaik bagi kategori Acara.



Mengulas tentang kemenangannya itu, Hazim, 17 tahun, bersyukur malah berkata beliau tidak menjangkakan akan diiktiraf dengan anugerah tersebut.



Beliau berkata: "Saya rasa terharu kerana saya tidak mengharapkannya. Saya sangat gembira tetapi dalam masa yang sama masih tidak dapat percayakannya.



"Anugerah ini akan memberi saya rangsangan untuk berlatih dengan gigih lagi. Selain itu ia juga memberi saya peluang untuk membeli lebih banyak peralatan yang dapat membantu saya dalam latihan."



Hazim yang juga pernah menjulang gelaran juara dunia junior, menewaskan atlit kapal layar, Daniel Hung dan wushu, Malcolm Lai.



Dalam pada itu, ketua silat Singapura, Sheik Alau'ddin yang memenangi anugerah itu buat kali keempat (termasuk 2000, 2002 dan 2003), memuji atlitnya sambil berharap tiga anugerah itu akan menggalak lebih ramai orang untuk menyertai silat.



"Saya perlu memberi pujian kepada mereka atas segala kerja keras yang telah dilakukan. Ini juga akan memberi mereka semangat untuk teruskan usaha mereka mencapai tahap terbaik.



"Dalam masa yang sama saya rasa sedikit terkilan kerana saya merasakan kami juga mampu meraih lebih banyak anugerah itu, terutama dalam kategori utama.



"Nurzuhairah Mohd Yazid yang dicalonkan dalam kategori Olahragawati Negara atas pencapaiannya memenangi emas dalam beberapa kejohanan utama.



"Walau apapun, kami akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dan sentiasa mencatatkan matlamat untuk menyumbang kepada sukan Singapura dan mengharumkan nama negara.



"Selain itu, saya juga berharap pencapaian ini dapat menjadi pencetus bagi anak-anak muda lain berkecimpung dalam sukan ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >