SilkAir, pada Isnin (11 Mac), berkata pesawat Boeing 737 Max 8 miliknya sedang beroperasi seperti biasa, selepas pesawat serupa jatuh terhempas di Habsyah.
Namun, anak syarikat Singapore Airlines (SIA) itu berkata ia sedang mengawasi keadaan dengan teliti.
Silkair memiliki enam pesawat Boeing 737 Max 8 - jenis yang sama seperti pesawat milik Ethiopian Airlines yang terhempas sejurus selepas berangkat pada pagi Ahad.
Kesemua 157 penumpang dan kru pesawat terkorban.
Pesawai sama milik Lion Air terhempas di Indonesia pada Oktober tahun lalu.
Jurucakap SIA memberitahu akhbar The Straits Times:
“Kami berdukacita dengna kehilangan pesawat ET302 dan simpati kami bersama mereka yang terjejas. Keselamatan adalah keutamaan kami dan kami sedang mengawasi keadaan dengan teliti.”