SilkAir tawar program hiburan menarik, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

SilkAir tawar program hiburan menarik

Sebahagian kempen untuk perkaya pengalaman penumpang
May 23, 2016 | 05:52 PM

SYARIKAT penerbangan serantau Singapura, SilkAir, telah melancarkan kempen "#LittleJoysMatter" (Secebis Kegembiraan yang Berharga) dalam usahanya untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di kesemua jenis pesawatnya.

Antara yang ditawarkan kepada penumpang adalah akses ke SilkAir Studio, sebuah sistem hiburan tanpa wayar yang diperkenalkan pada 2014 dan membolehkan penumpang pesawat memanfaatkan pelbagai kandungan menerusi tablet, telefon bimbit atau sistem bijak mereka sendiri.

Sistem hiburan ini menawarkan program yang bersesuaian untuk semua peringkat umur, termasuk komedi dan rancangan kanak-kanak.

Untuk penumpang di kelas Bisnes pula, yang menikmati perjalanan penerbangan melebihi dua jam, mereka boleh memohon menggunakan tablet sepanjang masa penerbangan.

Selain itu, kempen kali ini turut menawarkan peluang kepada penumpang di kelas ekonomi untuk menikmati elaun bagasi sehingga 30 kilogram, selain juadah dalam pesawat yang menyelerakan.

Discover Malay Home Based Businesses

Penumpang juga berpeluang menikmati pengesahan tiket dan jadual pesawat yang lancar, serta dapat meraih Krisflyer miles dan kemudahan 'check-in' secara dalam talian.

SilkAir bakal melancarkan khidmat penerbangan ke dua destinasi baru - Vientiane dan Luang Prabang - di Laos tidak lama lagi.

Dengan pelancaran dua penerbangan baru ini, SilkAir bersama-sama syarikat penerbangan induk, Singapore Airlines, kini terbang ke semua negara dalam lingkunan Asia Tenggara.

Mulai 31 Oktober ini, bergantung kepada kelulusan, SilkAir akan menawarkan penerbangan tiga kali seminggu pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu.

Pesawat akan beroperasi menurut kaedah bulatan dan akan berlepas dari Singapura ke Vientiane, sebelum mengarah ke Luang Prabang, sebelum kembali ke Singapura.

Dengan pelancaran penerbangan ke Vientiane dan Luang Prabang, jumlah destinasi bagi rangkaian laluan SilkAir akan meningkat kepada 51 destinasi di 14 negara, yang kini turut merangkumi Australia, Kemboja, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Maldives, Myanmar, Nepal, Filipina, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Perkhidmatan baru ini akan beroperasi menggunakan pesawat jenis A320, yang menawarkan kabin bagi kelas Ekonomi dan Bisnes.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map