Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sim Ann: Penterjemahan bahasa jambatan perkukuh persefahaman antara kaum

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



PENTERJEMAHAN bahasa dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan bahasa di Singapura adalah amat penting kerana ia berfungsi sebagai jambatan bagi memperkukuh persefahaman dan melindungi hubungan harmoni di negara ini.



Demikian ditekankan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Sim Ann, dalam ucapannya di majlis penganugerahan geran penajaan bersama Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS) semalam.



"Penterjemahan yang baik akan membuka wadah bagi mengenali bahasa dan budaya masyarakat berbilang kaum Singapura.



"Lebih penting, ia berfungsi sebagai jambatan bagi memperkukuh persefahaman antara kaum yang berlainan dan melindungi hubungan harmoni yang ada di antara masyarakat," kata beliau.



Dalam majlis itu, Cik Sim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC), menyampaikan anugerah itu kepada tujuh penerima di Pusat Akhbar Nasional di bangunan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) semalam.



Mereka adalah kumpulan pertama penerima anugerah tersebut.



TTDS, yang dilancar pada Januari lalu, adalah inisiatif terbaru NTC bagi menyokong pengamal industri penterjemahan untuk terus meningkatkan kemahiran dalam bidang tersebut selain meluaskan pengetahuan mereka.



Ini juga sejajar dengan pergerakan nasional SkillsFuture untuk membangunkan potensi penuh rakyat Singapura sepanjang kehidupan mereka.



Setiap penerima TTDS mendapat sehingga $10,000 untuk menampung 90 peratus kos kursus profesional, seminar dan persidangan, yang dikendalikan baik di dalam mahupun di luar negara.



Dengan pengalaman meluas dalam industri penterjemahan, mereka diiktiraf sebagai Duta NTC bagi tempoh setahun antara 30 September ini dengan 29 September tahun depan agar dapat menyumbang dan berkongsi pengalaman dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam masyarakat di majlis Masyarakat Yang Peka Terhadap Penterjemahan NTC.



Antara yang terpilih adalah Encik J Karunanithi Jeevanantham, 51 tahun.



"Saya amat teruja (atas penanugerahan ini). Dengan pengiktirafan ini, ia seakan satu tanggungjawab tambahan untuk menterjemah maklumat dengan lebih tepat kepada masyarakat saya," kata timbalan pengarah akaun akhbar Tamil Murasu itu.



Beliau telah menterjemah iklan untuk akhbar setempat berbahasa Tamil itu selama 20 tahun dan secara sukarela turut menggunakan kemahirannya bagi tiga buku sejarah untuk kuil Hindu di Singapura.



"Saya percaya seorang penterjemah bukan sahaja perlu ada lama dalam industri ini, malah juga harus berkelayakan," tambahnya.



Dengan geran tersebut, beliau bercadang mengejar ijazah Bahasa dan Sastera Tamil bersama Komunikasi yang ditawarkan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Sementara itu, Cik Sim turut mengumumkan pembangunan teknologi mesin penterjemahan yang dihasilkan oleh MCI dan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) I2R bagi mengendalikan jumlah terjemahan yang lebih banyak dalam masa singkat.



Encik Karunanithi berpendapat teknologi sebegitu boleh digunakan tetapi ia tidak dapat mengalahkan ciri berunsur sentuhan manusia seperti emosi dan pengalaman.



Justeru, Cik Sim menggalak lebih ramai pengamal penterjemahan supaya memohon geran TTDS dan terus cemerlang bagi mencapai tahap penguasaan yang lebih baik.



Permohonan geran TTDS dibuka kepada pengamal penterjemahan dan pentafsiran warga Singapura daripada sektor swasta yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun gabungan pengalaman menterjemah dan/atau mentafsir dan dengan menunjukkan prestasi kerja yang baik.



Butiran mengenai geran tersebut boleh didapatkan di laman web TTDS, www.mci.gov.sg/ttds




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >