Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sim Ann, Rahayu hadiri sidang di Brussels tangani bahaya dalam talian

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



DI tengah-tengah keperluan semakin meningkat untuk menyelia ruang maya demi melindungi golongan yang mudah terdedah kepada bahaya dalam talian, dua ahli politik wanita Singapura telah menyertai satu mesyuarat antarabangsa untuk membincangkan risiko tersebut.



Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara), Cik Sim Ann dan Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, telah menghadiri mesyuarat kelima Jawatankuasa Besar Antarabangsa mengenai Maklumat Palsu (IGC) di Brussels, Belgium, kelmarin.



Kedua-duanya juga merupakan ketua bersama Persekutuan bagi Tindakan Sunlight Singapura yang bertanggungjawab menangani keburukan dalam talian terutama yang menyasarkan wanita dan perempuan, menurut kenyataan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) semalam.



SG: Perlu huraian pelbagai pendekatan bagi bahaya dalam talian



IGC merangkumi kumpulan ahli politik antarabangsa yang berhimpun untuk membincangkan keprihatinan utama mengenai kerosakan yang dilakukan platform dalam talian terhadap fabrik sosial negara mereka serta sistem demokratik.



Tahun ini, mesyurat IGC membincangkan tiga tema iaitu salah maklumat berkenaan virus Covid-19, kebencian dalam talian yang disasarkan terhadap kumpulan sering dipinggirkan mengikut sejarah serta bagaimana model perniagaan Facebook mungkin menyebabkan kemudaratan kepada pengguna dan perlunya lebih banyak ketelusan dari segi penyelidikan dan data daripada platform media sosial.



Satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) berkata Cik Sim dan Cik Rahayu mengambil bahagian dalam ketiga-tiga sesi panel IGC5 itu kelmarin.



Antara yang dibincangkan ialah kepentingan ketelusan platform dan akses kepada data di platform bagi proses penyelidikan.



Ini penting untuk memahami kemudaratan dalam talian serta cara menanganinya.



Selain itu, adalah perlu mengambil pendekatan serampang berbilang mata. Ini kerana meskipun perlu ada peraturan, ia tidak mencukupi untuk menangani kemudaratan dalam talian.



Justeru, adalah penting bagi respons tiga pihak - orang awam, swasta dan pertubuhan awam seperti Perseketuan bagi Tindakan (AfA) Sunlight - untuk menangani kemudaratan dalam talian, terutama yang menyasarkan kaum wanita dan kanak-kanak perempuan.



"Oleh itu, adalah penting untuk menyokong mangsa dan memperkasa mereka," kata kenyataan itu.



Dalam pada itu, satu lagi isu yang turut dibincangkan ialah perlunya kerjasama antarabangsa dan ini penting bagi negara kecil seperti Singapura.



Terdapat muafakat jelas dalam kalangan peserta bahawa mengawal diri sendiri oleh syarikat media sosial tidak berkesan dan peraturan diperlukan



Selain itu, ada pengesahan umum berhubung pendirian Singapura bahawa daripada sekadar peraturan, pendekatan serampang berbilang mata dengan pelibatan berbagai pihak berkepentingan, seperti AfA Sunlight, adalah penting untuk menangani kemudaratan dalam talian dengan berkesan.



Semalam, Cik Sim dan Cik Rahayu bertemu pembuat filem Britain yang juga pengerusi Yayasan 5Rights, Baroness Beeban Kidron, untuk membincangkan kerjanya mengenai keselamatan kanak-kanak dalam talian serta keprihatinan Singapura dalam bidang ini, seperti kesan teknologi digital terhadap kesejahteraan mental belia.



Singapura mengambil bahagian dalam empat IGS sebelum ini. Selain Singapura, mesyuarat tahun ini turut disertai ahli politik dari United Kingdom, Perancis, Canada dan parlimen Eropah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >