Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Simba, anak singa pertama biak melalui pembiakan dibantu

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



BUAT pertama kali dalam sejarah Singapura, seekor anak singa telah dibiak melalui cara pembiakan dibantu.



Kelahiran anak singa itu, yang dinamakan Simba, akan memelihara garis keturunannya di Taman Haiwan Singapura, kata Wildlife Reserves Singapore (WRS) kelmarin.



Tetapi, tidak seperti watak fiksyen dengan nama yang sama di dalam filem 'The Lion King', Simba tidak akan berjumpa dengan bapanya, Mufasa, yang mati sebelum Simba dilahirkan.



Kesihatan singa berusia 20 tahun yang merosot adalah faktor utama untuk menamatkan hidupnya, dan ia merupakan satu keputusan yang sukar dibuat, di mana penjaga dan doktor haiwan mengambil masa sebelum memutuskan untuk mengakhiri hidupnya.



Singa Afrika liar biasanya boleh hidup kira-kira sepuluh hingga 14 tahun.



Mufasa tidak mempunyai sebarang waris, walaupun ia hidup sehingga usia tua, kerana tingkah lakunya yang agak agresif, di mana rancangan untuk memasangkannya dengan singa betina tidak menjadi, kata WRS.



WRS menjelaskan lagi bahawa kelahiran Simba merupakan percubaan pembiakan dibantu keempat yang berjaya yang melibatkan Mufasa, yang mempunyai gen yang berharga kepada kepelbagaian genetik dan kemampanan singa Afrika di institusi kehaiwanan.



Spesis ini disenaraikan sebagai haiwan terdedah kepada ancaman di bawah Kesatuan Antarabangsa bagi Senarai Merah Spesis Terancam Pemuliharaan Alam Semula Jadi.



Kelahiran Simba bukan satu-satunya cabaran yang dilalui anak singa itu serta pasukan penjagaan haiwan.



Semasa berusia sebulan, Simba membesar dengan baik di bawah jagaan ibunya, Kayla. Namun, anak singa itu kemudian dijumpai dalam keadaan lesu dan mengalami kesukaran untuk menyusu oleh penjaga haiwan.



Selepas membuat pertimbangan yang teliti, pasukan penjagaan haiwan mengambil keputusan untuk menambahkan pemakanannya dengan menyusukannya dengan botol.



Ketua penjaga haiwan karnivor di WRS, Encik Kughan Krishnan, berkata: "Ia merupakan satu keputusan yang sukar kerana haiwan boleh menolak dan tidak menerima anak kecil mereka jika dipisahkan sementara."



Mujur ini tidak berlaku kerana penerimaan Kayla kepada campur tangan yang diambil, yang menunjukkan kepercayaan yang dibina antara singa betina itu dengan pasukan penjagaan haiwan, menurut Encik Krishnan.



Kayla telah menunjukkan naluri keibuan dengan bersifat ingin melindungi anaknya dan berkongsi makanannya dengan singa kecil itu, jelas WRS.



Tiga bulan kemudian, Simba kini menghabiskan waktunya bermain dengan mainan kegemarannya iaitu sebiji bola rotan.



Kayla dan Simba kini ditempatkan di sebuah kawasan luar pameran untuk membolehkan ikatan diantara mereka dieratkan jauh dari pandangan mata orang ramai.



Kini, terdapat dua singa jantan di Taman Haiwan Singapura - Timba, seekor singa dewasa, dan Simba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >