Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Simbah minuman kepada anggota polis: Wanita ditahan

Dec 22, 2022 | 06:12 PM



SEORANG wanita telah ditahan selepas menyimbah minuman yang dipercayai arak kepada anggota polis yang membantu memindahkan beberapa pengunjung pesta semasa acara ZoukOut di Sentosa pada 4 Disember lalu.


Wanita berusia 32 tahun itu ditahan kerana didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang pegawai daripada menjalankan tugas mereka, kata polis pada Khamis (22 Dis).


Pada kira-kira 2.20 pagi pada 4 Disember lalu, polis telah dimaklumkan mengenai pentas VIP yang tenggelam semasa acara ZoukOut di Pantai Siloso Sentosa. 

Insiden itu berlaku ketika pegawai sedang memindahkan pengunjung pesta yang terjejas.


Pegawai dari Divisyen Polis Clementi mengenal pasti identiti wanita itu melalui siasatan di tempat kejadian, rakaman dron polis yang digunakan pada acara itu, dan kamera badan pegawai. 


Dia kemudiannya ditahan pada 7 Disember.


Siasatan polis sedang dijalankan.


Kesalahan menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya membawa hukuman penjara sehingga empat tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.


Dalam kenyataannya, polis menegaskan bahawa mereka tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan keganasan yang tidak beradab terhadap pegawai polis atau penjawat awam yang menjalankan tugas mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >