Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Simpan poskad SG Funpack untuk ambil beg hadiah SG50

Jun 10, 2015 | 07:59 PM



KELUARGA warga Singapura dan penduduk tetap (PR) akan menerima sekeping poskad khas mengenai beg cenderahati SG dalam peti surat mereka dalam masa terdekat ini.


Poskad itu perlu disimpan untuk ditukar beg cenderahati SG yang dihasilkan sempena ulang tahun Singapura yang ke-50 (SG50) tahun ini.


Secara keseluruhan, 1.2 juta beg cenderahati SG bakal diagihkan kepada setiap keluarga warga Singapura dan PR bulan depan.


Dalam satu kenyataan semalam, Persatuan Rakyat (PA) berkata penduduk yang menerima poskad itu akan dapat menukarnya dengan beg cenderahati SG di acara-acara tertentu yang dianjurkan pertubuhan akar umbi (GRO) kawasan perumahan mereka.


Maklumat lanjut mengenai cara mereka boleh mengambil beg cenderahati SG itu akan diberikan dalam surat yang akan dipos mulai Isnin ini.


Susunan khas akan dibuat untuk menghantar beg cenderahati tersebut kepada penduduk seperti warga emas yang tinggal bersendirian atau mereka yang sukar bergerak.


Penduduk boleh menghubungi Kelab Masyarakat di kawasan perumahan mereka jika ada sebarang pertanyaan.


Nombor telefon yang boleh dihubungi akan disertakan dalam poskan dan surat yang akan diberikan kepada penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >