Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Simpanan $120,000 selama 5 tahun lesap dalam 30 minit akibat tertipu

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



SEPASANG suami isteri mengambil masa lima tahun untuk menyimpan sekitar $120,000.



Namun, dalam masa 30 minit sahaja, wang tersebut hilang gara-gara sekumpulan penipu yang menggunakan pesanan teks palsu untuk mencuri wang mereka dalam akaun simpanan bersama OCBC.



Pasangan berusia 20-an tahun itu adalah antara sekitar 469 orang yang dilaporkan menjadi mangsa penipuan pancingan data melibatkan OCBC Bank dalam tempoh dua minggu terakhir Disember tahun lalu.



Keseluruhannya, semua mangsa penipuan ini kehilangan sekitar $8.5 juta.



Ketika dihubungi akhbar The Straits Times, mangsa yang enggan mendedahkan identiti mereka, berkata simpanan untuk kegunaan membina keluarga tidak dapat diperolehi semula.



Si suami bekerja dalam sektor e-dagang, manakala si isteri pula dalam industri layanan tamu.



Menurut si suami, beliau menerima pesanan pancingan data dengan pautan sekitar tengah hari pada 2 Disember tahun lalu.



Pesanan itu mendakwa seorang penerima tidak dikenali telah ditambah pada akaun pasangan ini dan mengarah si suami untuk klik pada pautan itu jika ia tidak sahih.



"SMS itu kelihatan seperti ia datang daripada OCBC dan berada dalam sejarah sembang SMS yang biasa saya terima daripada OCBC bagi kegunaan khidmat perbankan sebenar," cerita lelaki itu.



Beliau kemudian memasukkan keterangan akaunnya dan tanpa disedari menyerahkan kawalan penguasaan keseluruhan akaun itu kepada si penipu.



Mereka menyedari mereka ditipu hanya apabila SMS daripada bank yang memaklumkan perubahan dan transasksi akaunnya diterima.



Seorang jurutera sofwe berusia 38 tahun yang mempunyai anak istimewa turut terjerat dengan penipuan serupa pada 28 Disember dan kehilangan sekitar $250,000 yang disimpan sejak 2010.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >