Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Simpang jalan di Tiong Bahru akan dijadikan laluan mesra pejalan kaki

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



SATU simpang jalan berhampiran Pasar Tiong Bahru akan dijadikan laluan lebih mesra pejalan kaki dalam satu projek percubaan selama enam bulan yang bakal melibatkan penutupan sepanjang 60 meter Eng Hoon Street kepada laluan kenderaan mulai akhir bulan ini.



Tempat letak kereta di tepi jalan di Jalan Seng Poh dan Lim Liak Street juga akan diubah menjadi laluan pejalan kaki dan ruang masyarakat yang lebih luas, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga sedang meneliti cara untuk membentuk semula landskap jalan Singapura dengan mewujudkan lebih banyak Koridor Keutamaan transit (TPC) - jalan yang menggabungkan lorong bas sahaja, turapan laluan lebih luas dan laluan berbasikal.



Bencoolen Street adalah salah satu contoh projek itu, seperti juga Koridor Utara-Selatan yang akan datang, dengan matlamat untuk menambah 60 kilometer lagi koridor sedemikian menjelang 2030, kata Dr Khor semasa perbahasan mengenai belanjawan kementeriannya.



"Ini mungkin kedengaran sebagai tidak begitu banyak tetapi setiap TPC akan menjadi koridor utama bagi sebuah kejiranan," tambahnya.



Pembinaan salah satu daripadanya - TPC sepanjang 2km di Sin Ming Avenue - akan bermula pada separuh kedua tahun ini.



Koridor itu akan siap sepenuhnya hanya pada 2029 kerana ia akan dibina dalam dua fasa untuk mengurangkan gangguan kepada kemudahan awam.



Sementara itu, TPC di kawasan pembangunan baru seperti Tengah, Bayshore, Daerah Tasik Jurong, Woodlands North Coast dan Punggol North akan dibina seiring dengan perkembangan masa depan, kata jurucakap LTA.



Robinson Road, yang menghubungkan Raffles Place dengan Tanjong Pagar, juga boleh diubah menjadi satu TPC, mungkin mulai 2024.



Projek-projek ini adalah yang terbaru dalam usaha berterusan pihak berkuasa untuk menggunakan semula lorong jalan raya untuk menambah baik akses pengangkutan awam, dan menjadikan kegiatan berjalan kaki dan berbasikal di sini lebih selamat dan menyenangkan, sedang Singapura berusaha mengurangkan penggunaan kereta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >