Menyediakan peluang memperdalam ilmu demi menyokong usaha dalam memperkukuh asas bagi pembelajaran si cilik - itulah antara matlamat Simposium Pendidikan Mendaki 2020.
Diadakan buat kali keempat tahun ini, simposium itu mahu memperkasa pengamal, pendidik dan ibu bapa dengan strategi mengajar kanak-kanak kecil.
Dengan tema ‘Mengasuh dari Kecil: Asas bagi Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam Dunia pasca-Covid’, simposium itu diadakan secara dalam talian sepanjang tiga hari dari 22 Julai hingga 24 Julai.
Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad, yang menyertai sesi pertama yang diadakan Rabu lalu berkata, Covid-19 telah mengubah sektor pendidikan dan pembangunan awal kanak-kanak.
“Dunia pasca Covid-19 akan memerlukan kita untuk menyesuaikan diri dengan norma baru dan ini bererti mengubah cara kita menyampaikan ilmu dan mengasuh anak-anak kita dan mempersiapkan mereka ke sekolah,” ujar Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Simposium Mendaki demi sediakan asas pembelajaran sepanjang hayat pasca-Covid
Jul 25, 2020 | 01:57 PM