Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Simposium Young AMP ingin bantu belia tambah kemahiran di tempat kerja

Sep 14, 2018 | 09:00 PM



 



SEBUAH simposium yang menawarkan wadah bagi anak muda meneroka potensi dan kerjaya mereka akan diadakan pada Sabtu (14 September)



Dianjurkan sayap belia Angkatan Karyawan Islam (Young AMP), simposium tersebut berharap  membolehkan anak-anak muda membangunkan kemahiran dan keupayaan pekerjaan yang berkaitan, serta memupuk rangkaian profesional mereka.



Simposium Windows on Work (WoW) 2018: Meneroka Potensi Golongan Milenial akan diadakan di Kaizen Hall, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat, bermula 9.30 pagi.



Dihubungi Berita Harian, Encik Alfian Ismail, Penolong Pengurus Young AMP, berkata simposium yang bakal berlangsung esok itu merupakan perluasan kepada inisiatif WoW sebelum ini.



“Sasaran kita merupakan mereka yang bakal tamat pengajian, mereka yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang pasaran kerja di Singapura dan mereka yang mencari pekerjaan ‘ideal’ bagi diri sendiri,” katanya.



Meskipun simposium itu disasarkan kepada mereka yang berusia antara 17 dengan 27 tahun, sesiapa sahaja yang berminat boleh menyertainya, termasuk ibu bapa yang mahu memahami landskap pekerjaan di Singapura dengan lebih baik.



Menurut Encik Alfian, para peserta boleh menjangkakan perbincangan panel, sesi perkongsian dan peluang mencari kerja latihan (job shadowing).



Yang penting, katanya, informasi yang bakal dikongsi sangat berkaitan dengan keperluan golongan milenial, yang majoritinya sudahpun melangkah masuk ke alam pekerjaan.



Misalnya, dalam perbincangan panel yang mengetengahkan empat pembicara, Encik David Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Belia Kebangsaan akan menyampaikan tentang apa yang boleh dilakukan golongan milenial untuk menyiapkan diri bagi masa hadapan.



Presiden Young AMP, Encik Hazni Aris berkata:



“Selepas tujuh tahun menjalankan bengkel WoW,, kami telah memutuskan untuk memperluaskan program ini menjadi simposium untuk menarik lebih ramai belia dan karyawan muda dan membantu mereka mempersiapkan perjalanan mereka ke alam pekerjaan.



“Belia kita hari ini menghadapi landskap kerja yang pesat berubah di mana globalisasi, kemajuan teknologi dan perubahan demografi mengubah peranan kerja tradisional.



“Melalui simposium ini, kami berharap dapat mempersiapkan para belia kita dalam berurusan dengan cabaran ini untuk memasuki tenaga kerja dengan yakin dan berkembang maju pada masa akan datang.”



Mereka yang berminat untuk menghadiri Simposium WoW 2018 boleh daftar melalui bit.ly/wowsympo2018. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 6416 3966.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >