PERUNCIT setempat tersenyum lebar hujung minggu lalu kerana menikmati penjualan rancak sempena acara jualan 'Black Friday' dan 'Cyber Monday'. Peruncit yang ditinjau akhbar ini berkata perniagaan mereka meningkat daripada 30 peratus kepada berganda berbanding hari-hari biasa.
Trend 'Black Friday', acara cuti membeli-belah di Amerika Syarikat, lazimnya diadakan pada Jumaat selepas perayaan Thanksgiving. 'Black Friday' pun diperhatikan semakin popular dalam kalangan peruncit setempat dan berlangsung pada 23 November lalu.