Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sinaran Tahun Baru

Jan 02, 2022 | 05:30 AM



SEDANG orang ramai menghitung masa menjelang Tahun Baru, Encik Muhammad Asyraf Arshad dan Cik Nur Jannah Zainal teruja dan berdegap-degup menantikan ketibaan cahaya mata pertama mereka.



Pasangan itu, yang kedua-duanya pekerja penjagaan kesihatan, menyambut bayi lelaki mereka sekitar 10 minit selepas 12 tengah malam.



Anak sulung Encik Muhammad Asyraf dan Cik Nur Jannah itu merupakan bayi Tahun Baru 2022 pertama yang dilahirkan di Hospital Universiti Nasional (NUH) semalam.



Bagi pasangan itu, yang kedua-duanya berusia 29 tahun, mereka tidak bimbang melalui kehamilan dan melahirkan anak semasa pandemik Covid-19 kerana Cik Nur Jannah telah mendapatkan kedua-dua dos vaksinasi Covid-19 dan suntikan penggalak.



"Kami rasa selamat dan pengalaman ini satu rahmat bagi kami," ujar Cik Nur Jannah.



Laporan lanjut: 3 bayi kongsi hari lahir sempena Tahun Baru 2022




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >