Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sindiket dadah dilebur, 2.3kg heroin dirampas CNB

Oct 27, 2016 | 03:11 PM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) melumpuhkan sebuah sindiket dadah dan merampas kira-kira 2.3kg heroin, 260g Ice, 470 pil Erimin-5 dan lebih 100 pil Esctasy dalam satu operasi pada Rabu (26 Okt).



Dadah itu dianggarkan bernilai lebih $ 210,000, kata CNB dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.



Pegawai CNB menangkap seorang lelaki berusia 41 tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun dalam kereta lelaki itu di sekitar Bideford Road pada petang Rabu, selepas memerhatikan mereka di tempat letak kereta bertingkat di sekitar Scotts Road.



Kedua-duanya warga Singapura.



Empat berkas heroin seberat 1.8kg ditemui dalam but kereta itu.



Seorang lelaki warga Malaysia berusia 39 tahun, yang ,elah diperhatikan berada di kawasan itu bersama lelaki tersebut, ditangkap secara berasingan di Pusat Pemeriksaan Tuas dan wang tunai $3,500 dirampas daripadanya.



Sekumpulan lagi pegawai CNB pula menahan seorang lagi pengedar dadah, seorang lelaki warga Singapura berusia 42 tahun, di sekitar Devonshire Road.



Dua lagi suspek di dalam kereta bersamanya - seorang lelaki warga Singapura berusia 30 tahun dan seorang wanita warga Singapura berusia 22 tahun - juga ditangkap.



Kira-kira 470g heroin, 260g Ice, 470 pil Erimin-5 tablet dan lebih 100 pil Ecstasy ditemui dalam kereta itu. Wang tunai berjumlah $6,500 dirampas daripada pengedar berusia 42 tahun itu.



Siasatan sedang dijalankan. Suspek menghadapi hukuman mati jika jumlah diamorphine (heroin tulen) itu melebihi 15g.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >