Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sindiket menipu SkillsFuture dalam tuntutan palsu bernilai $40 juta

Dec 19, 2017 | 07:33 PM



SEORANG lelaki 41 tahun diheret ke mahkamah atas dakwaan terlibat dalam kes penipuan terbesar Singapura terhadap institusi awam sejauh ini yang melibatkan hampir $40 juta.



Agensi pemerintah yang terlibat itu ialah SkillsFuture Singapore (SSG), agensi yang menggalak budaya pembelajaran sepanjang hayat.



Ng Cheng Kwee dituduh atas tiga tuduhan memutarbelitkan proses keadilan.



Timbalan Pendakwa Raya Victoria Ting memberitahu mahkamah sindiket jenayah dipercayai terlibat dan Ng dipercayai merupakan antara pelaku utama.



Sebelum ini, Ng telah dituduh atas satu tuduhan terlibat dalam konspirasi untuk melakukan pemalsuan.



Dia juga dituduh menyembunyikan manfaat tindakan jenayah iaitu wang tunai sebanyak $6.7 juta dan 11 kilogram emas bernilai sekitar $600,000.



Ng dikatakan telah melakukan kesalahan itu antara April dan bulan lalu.



Lagi empat orang juga telah didakwa atas dakwaan terlibat dalam kes ini.



Dalam satu kenyataan, SSG berkata ia mengesan kejanggalan dalam tuntutan bagi geran latihan untuk penghujung bulan Oktober.



Ia dengan serta-merta menggantung kesemua bayaran geran kepada sembilan entiti perniagaan dan melaporakn isu itu kepada polis.



Menyusuli kejadian ini, SSG berkata ia telah mengambil tindakan dengan serta-merta untuk memperkukuh prosesnya yang termasuk melaksanakan analitik berkaitan penipuan dan pada masa yang sama menjalankan semakan komprehensif terhadap sistem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >