Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCARAN HAB MMO @ WISMA GEYLANG SERAI

Sinergi bagi tingkat taraf kehidupan masyarakat

Masagos alu-alu kehadiran pelbagai pertubuhan Melayu/Islam serta M3 di bawah satu bumbung Wisma Geylang Serai
Dec 01, 2018 | 05:30 AM



PENEMPATAN pelbagai pertubuhan Melayu/Islam (MMO) dalam satu hab serta kehadiran M Kuasa Tiga (M3) di Wisma Geylang Serai (WGS) mewujudkan peluang bagi satu sinergi di antara mereka, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



M3 merangkumi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Sinergi ini boleh menghasilkan satu pendekatan untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat, kata Encik Masagos yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air.



Tambahnya, kemahiran setiap badan itu dapat digembleng untuk menjalankan program yang dapat meninggalkan kesan lebih besar dalam masyarakat.



Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran hab MMO yang dinamakan KURNIA@ WGS semalam.



Menarik perhatian perkembangan dan pelbagai perubahan di kawasan Geylang Serai selama ini, Encik Masagos berkata satu rasa nostalgia mungkin dapat dirasa.



"Tapi daripada nostalgia tersebut, lebih baik kalau kita dapat mewujudkan satu semangat yang boleh mengumpulkan kita, semangat kita untuk bergotong-royong bagi membantu masyarakat," ujarnya.



Dengan penubuhan KURNIA@ WGS, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, berharap ia dapat menjadi pusat sehenti bagi golongan yang memerlukan.



"Sebelum ini, kami seringkali mendapat maklum balas bahawa terdapat keluarga Melayu/Islam yang memerlukan bantuan tetapi tidak tahu mana untuk dituju kerana mungkin tak tahu apa khidmat mereka perlukan.



"Mereka mungkin katakan mereka perlu khidmat kewangan saja tetapi sebenarnya mereka juga perlukan khidmat yang menyeluruh.



"Dengan maklum balas tersebut, kami rasa penting untuk kami tubuhkan satu pusat yang menggabungkan beberapa MMO kita, jadi mereka dapat bekerjasama dan mereka boleh memberi khidmat secara menyeluruh kepada anggota masyarakat kita," kata Dr Maliki yang menerajui pembangunan WGS.



Tambahnya, daya usaha KURNIA@WGS ini dapat mengelak daripada kejadian khidmat yang sama ditawarkan oleh beberapa MMO yang berbeza bagi menggalak penggunaan sumber yang terhad dengan lebih berkesan.



Beliau berkata MMO di KURNIA@WGS juga boleh berkongsi sumber seperti tenaga relawan yang diperlukan pelbagai program yang ditawarkan.



Beliau turut menarik perhatian perkhidmatan sosial lain yang juga ditempatkan di WGS, termasuk sebuah pusat khidmat keluarga, tajaka dan pusat khidmat warga senja.



"Kesemua perkhidmatan masyarakat ini bertujuan menyediakan khidmat bagi masyarakat. Kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan kerja lain di WGS agar WGS akan kekal menjadi nadi masyarakat," kata Dr Maliki.




ANTARA KHIDMAT



  • Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM)

- Pembangunan belia



- Khidmat bimbingan



  • Angkatan Karyawan Islam (AMP)

- Kaunseling



- Mengumpul derma



  • Berita Harian

- Sesi dekati masyarakat



- Sesi maklumat



  • Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM)

- Bantuan tentang permohonan dermasiswa dan biasiswa



- Nasihat tentang bantuan kewangan bagi pendidikan



  • Muhammadiyah

- Pusat maklumat sehenti



  • Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas)

- Skim Anak Angkat Pelajar Madrasah



- Program Pos Siswazah Pergas



  • Tabung Amal Aidilfitri (TAA)

- Projek Gerak Masyarakat



  • Persatuan Seni-Budaya Kreatif Melayu (CMAC)

- Mendekati golongan milenial untuk menimbulkan minat mereka dalam seni dan budaya Melayu



- Tawar sokongan bagi penggiat seni dan budaya Melayu memperkukuh keupayaan



Nota: KURNIA@WGS dibuka 12 tengah hari hingga 8 malam dari Isnin hingga Jumaat dan 10 pagi hingga 2 petang setiap Sabtu.



Hab MMO itu ditutup setiap Ahad dan pada cuti umum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >