Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singa berdepan Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon

May 30, 2023 | 01:22 PM



SINGAPURA akan menjadi hos kepada pasukan Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon dalam dua perlawanan persahabatan pada Jun, menandakan perlawanan pertama mereka di Stadium Negara sejak Mac 2022.

Pasukan Singa, yang berada di tangga ke-158 dal;am ranking dunia, akan menentang pasukan Papua (tangga ke-159) pada 15 Jun, sebelum menentang Kepulauan Solomon (tangga ke-134) tiga hari kemudian, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Isnin.

Kededua perlawanan akan bermula pada 7.30 malam.

Jurulatih pasukan Singapura Takayuki Nishigaya, yang menggunakan kededua perlawanan itu sebagai persiapan pasukannya bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Oktober, berkata:

“Kededua pasukan lawan itu akan menawarkan jenis persaingan yang kami inginkan dalam usaha mendedahkan para pemain kepada tahap persaingan yang lebih fizikal dan agresif.”

Beliau berharap pasukannya akan mendapat rangsangan untuk bermain di Stadium Negara, tempat mereka menundukkan Malaysia 2-1 dan Filipina 2-0 dalam Siri Tiga Negara pada 2022.

“Kami akan bermain di Stadium Negara buat kali pertama sejak Mac 2022 dan ini boleh menjadi faktor motivasi bagi para pemain bermain bersungguh-sungguh.

“Kami ingin menjadi sebuah pasukan yang peminat dan negara boleh banggakan, dan kami telah mempamerkannya dalam setiap perlawanan yang kami sertai.”

Pasukan Singa menang 2-1 apabila bertemu Papua New Guinea pada 2014 dan menundukkan Kepulauan Solomon 4-3 pada 2019.

Tiket berharga $18 bagi dewasa dan $9 bagi pelajar berusia 16 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun ke atas boleh didapati mulai 3 petang pada Khamis di www.fas.org.sg/tickets dan http://sistic.com.sg serta di stadium pada hari-hari perlawanan.

Harga pakej tiket bagi dua perlawanan itu ia $28 bagi dewasa dan $16 bagai pelajar serta warga emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >