Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singa Muda lawat sekolah Tanjong Katong sampaikan takziah

IRMA KAMARDUIN
Jun 09, 2015 | 02:15 PM



PASUKAN bola sepak Sukan SEA Singapura dan jurulatihnya, Aide Iskandar, mengambil kesempatan untuk mengujungi Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) bagi merakamkan ucap takziah kepada keluarga dan guru mangsa gempa bumi di Sabah.


Mereka tiba sekitar 12.30 tengah hari tadi.


Selain merakamkan mesej takziah, pasukan tersebut turut menurunkan tandatangan di sehelai kemeja-T dengan kekata 'We Are With You TKPS' (Kami Bersama Anda TKPS).


Kemeja itu kemudian dilekatkan di papan mesej tapak penghormatan sekolah tersebut.


Bagi jurulatih, Aide, kunjungan tersebut merupakan sesuatu yang amat peribadi dan menyentuh hatinya kerana anak-anaknya belajar di sekolah tersebut.


Bahkan, beliau sendiri mengenali guru, Encik Mohammad Ghazi Mohamed yang masih belum ditemui itu.


Aide, yang datang memakai kemeja T dengan kekata "We Are With You TKPS' itu mengenali Encik Ghazi menerusi anak lelakinya.


Mereka juga berkenalan semasa mereka melalui latihan jurulatih bersama.


"Saya amat kecewa bila mendengar berita tragedi ini. Encik Ghazi seorang guru yang saya kenali dan saya rasa sangat sedih apabila mendengar berita tidak baik ini.


"Saya telah bercadang untuk memberikan sokongan dengan mendapatkan kesempatan untuk membawa pasukan Sukan SEA ke sini," kata beliau.


Aide menambah pasukan Singa Muda itu mahu mendapatkan kemenangan dalam perlawanan menentang Kemboja malam semalam dengan harapan dapat meringankan rasa kesedihan dan kekecewaan bagi mereka yang kehilangan orang-orang tersayang dalam kejadian gempa bumi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >