Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapore Flyer belum dibuka semula, belum dapat kebenaran BCA

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



RODA gergasi Singapore Flyer belum kembali beroperasi dan tarikh pembukaan semulanya belum ditetapkan.



Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) masih belum memberi kebenaran kepada roda berputar setinggi 165 meter itu - yang berusia 10 tahun bulan depan - untuk kembali beroperasi.



Sebelum ia melakukan demikian, BCA perlu berpuas hati bahawa piawaian keselamatan telah dipenuhi.



Operasi di Singapore Flyer dihentikan sejak 25 Januari disebabkan "isu teknikal".



Menurut The Straits Times (ST), gangguan itu tidak menjejas roda tersebut atau 28 kapsulnya secara struktur, dan ada kaitan dengan mekanisme di bawah yang membolehkan roda itu berputar.



Jurucakap BCA memberitahu ST bahawa agensi itu telah menghentikan operasi Flyer demi keselamatan orang awam.



Ia telah memanggil seorang jurutera profesional pakar (SPE) untuk menyiasat dan membaiki punca insiden pada 25 Januari itu.



Jurucakap Singapore Flyer berkata ia sedang bekerja rapat dengan SPE itu bagi membaiki gangguan tersebut, dan memastikan roda itu memenuhi piawaian BCA.



Pengarah Lembaga Pelancongan Singapura bagi tarikan, makanan, minuman, dan runcit, Cik Ranita Sundra, bersetuju dengan pendekatan itu.



"Memandangkan keselamatan adalah amat penting, kami meminta pemahaman pengunjung tentang penutupan sementara Singapore Flyer bagi pemeriksaan keselamatan menyeluruh," katanya.



Penutupan itu telah menjejas peniaga kerana bilangan pengunjung telah turun secara mendadak sejak roda itu berhenti berputar.



Namun, jurucakap Singapore Flyer berkata tarikan itu masih menerima pengunjung. Singapore Airlines, contohnya, masih mengendalikan khidmat ulang-alik dari lapangan terbang untuk membawa pelancong ke Flyer.



Beberapa pengunjung datang dari acara-acara di Bangunan Pit Formula Satu (F1) berdekatan, manakala pelancong datang untuk memetik gambar roda gergasi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >