Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapore Flyer dibuka semula selepas tutup 4 bulan

Mar 20, 2020 | 06:47 PM



SINGAPORE Flyer akan kembali berputar setelah operasinya digantung selama empat bulan, tetapi masa pembukaan tarikan itu akan dipendekkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran wabak Covid-19.



Singapore Flyer berkata ia memulakan semula operasi pada Jumaat (20 Mac) selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa.


Jurucakap Flyer berkata keutuhan struktur roda gergasi di tarikan itu telah diuji dengan teliti oleh pakar, dan berkata ia "tidak sabar untuk menyambut tetamu sekali lagi".


Bagaimanapun ia akan meningkatkan kekerapan pembersihan, sanitasi dan pembasmian kuman di kapsul serta kemudahan dan kawasan umum di seluruh premis, supaya tetamu dapat menikmati tarikan itu "dengan fikiran yang tenang".


Pemeriksaan suhu badan juga akan diwajibkan ke atas pengunjung.


Operasi Singapore Flyer digantung oleh Penguasa Bangunan dan Pembinaan pada 19 November lalu disebabkan oleh gangguan yang menjejas sebahagian lapisan luar salah satu kabel roda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >