Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura akan beli 4 jet pejuang F-35 sebagai permulaan: Ng Eng Hen

Mar 01, 2019 | 02:39 PM



SINGAPURA akan membeli empat jet pejuang JSF F-35 sebagai permulaan dengan pilihan membeli lapan lagi, sebagai sebahagian usaha membangunkan generasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) seterusnya, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen hari ini (1 Mac).



Memberitahu demikian semasa perbahasan belanjawan kementeriannya, Dr Ng berkata Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mengeluarkan surat permintaan kepada Amerika Syarikat bagi pemerolehan awal empat F-35, dengan pilihan lapan lagi jika Singapura memutuskan untuk meneruskan.



Seperti yang dikehendaki undang-undang Amerika Syarikat bagi penjualan kepada tentera asing, Kongres Amerika perlu mengesahkan penjualan F-35, kata Dr Ng sambil menambah bahawa Singapura mempunyai sokongan kedua-dua Jabatan Pertahanan dan Pentadbiran Amerika bagi pembelian yang diusulnya.



Beliau menukil bagaimana Presiden Amerika Donald Trump menulis kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong bulan lalu mengalu-alukan rancangan Singapura untuk membeli F-35 itu.



Harga seunit bagi F-35 antara AS$90 juta ($121.7 juta) hingga AS$115 juta. Ia setara dengan apa yang dibayar Singapura bagi F-15SG.



F-35JSF dan jet pejuang F-15SG yang dipertingkat akan membentuk barisan jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) selepas 2030, kata Dr Ng, sedang beliau melakar langkah untuk membina generasi SAF akan datang bagi 2030 dan seterusnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >