Singapura akan mulakan kajian sel T ke atas individu yang telah terima vaksin Covid-19, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Singapura akan mulakan kajian sel T ke atas individu yang telah terima vaksin Covid-19

Apr 07, 2021 | 06:32 PM

KAJIAN mengenai bagaimana sel T, sebuah komponen kritikal dalam sistem imun, bertindak balas untuk melawan jangkitan Covid-19 dalam individu yang telah divaksin akan bermula di sini bulan depan.

Sel T adalah sejenis sel darah putih yang bekerjasama dengan antibodi untuk membasmi virus Sars-CoV-2 itu, yang menyebabkan Covid-19.

Firma bioteknologi tempatan ImmunoScape sedang bekerjasama dengan dua syarikat vaksin untuk merekrut lebih daripada 70 individu yang telah divaksin untuk kajiannya di sini.

Menurut The Straits Times, salah satu syarikat itu adalah Arcturus Therapeutics, syarikat farmaseutikal Amerika yang bekerjasama dengan saintis Sekolah Perubatan Duke-NUS untuk membangunkan vaksin Covid-19 Singapura sendiri. Syarikat yang satu lagi berpusat di Eropah.

ImmunoScape ingin mendapatkan sekitar 250 sampel darah daripada individu yang telah divaksin, dengan setiap orang memberikan sampel sebelum dan selepas menerima vaksin.

Berita Popular

Sampel juga akan diambil pada beberapa masa lain selepas individu itu divaksin. Sampel ini akan diperolehi dari dalam dan luar negara.

Jumlah sel T yang dihasilkan sebagai tindak balas terhadap vaksin itu dan berapa lama ia kekal di dalam badan akan dipantau dari masa ke masa.

Dr Alessandra Nardin, pengasas bersama dan ketua pegawai operasi ImmunoScape, berkata: "Maklumat daripada kajian kami akan melengkapi data mengenai tindak balas antibodi dan membantu kami memahami sama ada tindak balas imun yang disebabkan oleh vaksin mungkin berkesan terhadap varian baru."

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map