Singapura akan terus beri bantuan tangani jerebu, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Singapura akan terus beri bantuan tangani jerebu

Jun 03, 2015 | 01:16 PM

SINGAPURA akan terus menawarkan bantuan kepada Indonesia tahun ini dalam menangani kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan jerebu rentas sempadan.

Dalam kenyataannya hari ini, Rabu, Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) berkata pemerintah antara lain akan mengerahkan sebuah pesawat C-130 bagi operasi penanaman benih hujan dan sehingga dua pesawat C-130 untuk membawa Pasukan Pertahanan Awam Singapura membantu memadamkan api.

Singapura juga akan menyelaras gambar-gambar satelit dan tompok-tompok kebakaran selain menawarkan helikopter Chinook bagi menangani kebakaran dari udara.

"Sejak 2005, pemerintah Singapura telah secara konsisten menawarkan pakej bantuan kepada pemerintah Indonesia dalam persiapan menghadapi musim kering dari Jun hingga Oktober, bagi melengkapi usaha Indonesia menangani kemungkinan berlaku kebakaran tanah dan hutan," kata kenyataan tersebut.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map