Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura ambil kedudukan berprinsip, bukan berpihak dalam persaingan AS-China: Chun Sing

Nov 09, 2021 | 08:50 PM



SEKIRANYA berlaku persaingan kuasa hebat antara China dengan Amerika Syarikat (AS), Singapura akan memilih prinsip dan kepentingannya sendiri, dan bukan berpihak tanpa mengambil kira isu atau konteks.



Singapura juga percaya negara-negara lain mesti mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama bagi agenda global bagi kesihatan awam, kemampanan dan ekonomi digital, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



Beliau berkata demikian pada Selasa (9 Nov) semasa Kuliah Fullerton anjuran Institut Antarabangsa bagi Pembelajaran Strategik (IISS).



"Kami mengambil pendirian berprinsip dalam kepentingan nasional jangka panjang kami sendiri untuk menegakkan kedaulatan undang-undang antarabangsa dalam susunan global agar kuasa tidak semestinya bererti hak.



"Apabila kami memutuskan kedudukan kami atas dasar ini, barulah kami boleh menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai, teguh dan konsisten, sepertimana ramai mengenali kami sehingga kini serta apa yang kami perjuangkan," kata Encik Chan.



Prinsip seperti inklusiviti, keselamatan global yang terbuka dan berhubung serta seni bina ekonomi adalah kunci kepada kejayaan berterusan Singapura, tambah beliau. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >