Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura berada di 4 daripada 10 laluan udara paling sibuk di dunia

Nov 23, 2016 | 09:08 AM



SINGAPURA berada di empat daripada 10 laluan udara antarabangsa paling sibuk di dunia - meningkatkan aspirasi negara ini menjadi hab penerbangan utama di Asia meskipun dalam kelembapan ekonomi.



Tetapi para pakar berkata Changi menghadapi persaingan sengit daripada lapangan terbang lain di rantau ini, terutamanya lapangan terbang Hong Kong, yang berada dalam lima daripada 10 laluan itu.



Laluan paling sibuk, berdasarkan jumlah penumpang tahun lalu, ialah Hong Kong-Taipei. Ini diikuti Jakarta-Singapura. Laluan Kuala Lumpur-Singapura, Hong Kong-Singapura dan Bangkok-Singapura juga dalam senarai 10 teratas itu.



Data tersebut, disusun oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa dan dibentangkan pada sebuah persidangan industri minggu lalu, mengesahkan penguasaan Asia dalam perjalanan udara.



Semua laluan paling sibuk itu adalah penerbangan di rantau Asia-Pasifik.



Jurucakap Changi Airport Group Ivan Tan berkata empat bandar itu - Jakarta, Kuala Lumpur, Hong Kong dan Bangkok - telah menjadi laluan paling sibuk di lapangan terbang itu selama beberapa waktu sekarang.



Secara bersama, mereka membentuk suku daripada jumlah trafik Changi. Encik Tan dan pakar lain menjangka bilangan itu terus bertambah.



Ini berlaku sedang Asia membangun dan lebih ramai orang mampu membayar bagi perjalanan udara, terutama dengan bertambahnya dengan pesat syarikat penerbangan bajet dan tambang murah.



Encik Andrew Herdman, ketua pengarah Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik, berkata dalam mesyuarat tahunan kumpulan itu di Manila minggu lalu bahawa syarikat penerbangan Asia akan terus memainkan peranan penting dalam membentuk penerbangan global.



Jumlah penduduk besar serta peningkatan pendapatan keluarga di China, India dan banyak negara Asia Tenggara menjadi pemacu di sebalik pertumbuhan kukuh dalam permintaan bagi perjalanan udara di rantau ini, katanya.



Dengan Asia Pasifik menjadi pasaran pengangkutan udara terbesar di dunia dan pertumbuhan yang dijangka pada jangka masa panjang, ada sebab baik untuk berasa yakin, kata beliau.



Ini walaupun ada kebimbangan mengenai ketidakstabilan geopolitik, kebangkitan sikap berhati-hati terhadap globalisasi dan perdagangan bebas, dan potensi kenaikan harga minyak, tambahnya.



Dalam satu kemas kini minggu lalu, pembuat pesawat Amerika Syarikat, Boeing, berkata empat daripada 10 pesawat yang dijangka diserahkan kepada syarikat penerbangan dalam tempoh 20 tahun akan datang akan berakhir di Asia Pasifik.



Singapura sedang bersedia bagi pertumbuhan itu dengan rancangan membuka sebuah terminal penumpang keempat tahun depan dan landasan ketiga menjelang awal 2020-an.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >