KEDUDUKAN Singapura sebagai pusat kewangan yang bersih dan dipercayai telah terjejas selepas berlakunya pelanggaran peraturan antipengubahan wang terlarang berkaitan skandal 1MDB, kata Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon.
Justeru, MAS bertekad membaiki keadaan dengan mengetatkan pemantauan ke atas kawalan antipengubahan wang terlarang dan menangani pembiayaan pengganasan, memperkukuh pelaksanaan bagi menjalankan siasatan lebih teliti dan mengambil tindakan lebih tegas ke atas institusi kewangan yang melanggar peraturan.