Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura, Brunei sambut 40 tahun hubungan pertahanan

Aug 31, 2016 | 09:11 AM



MENTERI Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, mengakhiri pada Selasa (30 Ogos) lawatan rasmi beliau ke Brunei bagi menandakan ulang tahun ke-40 hubungan pertahanan antara dua negara itu.



Dr Ng dan Sultan Hassanal Bolkiah mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang rapat dan lama itu.



"Ia adalah hubungan sangat istimewa kerana askar Angkatan Tentera Singapura (SAF) datang ke sini untuk berlatih dengan kerap dan ramai daripada mereka sudah biasa dengan Temburong, tempat mereka menjalani latihan hutan mereka, dan banyak anggota Perkhidmatan Negara (NS) SAF mempunyai kenangan yang pasti kekal lama," kata Dr Ng.



Pada Isnin, beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Singapura dan Brunei untuk bekerjasama dalam teknologi pertahanan.



Beliau berkata bagi kedua-dua tentera, SAF dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, "kekangan tenaga kerja adalah isu nyata dan kami perlu teknologi untuk menggandakan usaha kami".



Selain Sultan Brunei, Dr Ng juga menemui Putera Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Tenaga dan Perusahaan Pehin Yasmin Umar dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara, Dato Paduka Awang Haji Hamdan Haji Abu Bakar.



Beliau juga menyaksikan Latihan Pelican, satu latihan tentera laut tahunan yang dijalankan oleh Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) sejak 1979.



Latihan tahun ini melibatkan 205 anggota daripada dua tentera laut itu.



Pelbagai pergerakan dijalankan di laut Brunei, dan kemuncak lati9han itu ialaah helikopter tentera laut S-70B RSN mendarat di atas kapal peronda luar pesisir KDB Darulehsan TLDB dalam satu latihan perang.



Dr Ng berkata: "Satu pergerakan mudah, tetapi bukti besar kepercayaan dan daya saling operasi antara angkatan tentera kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >