Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura dan Australia komited pada perjanjian kawasan latihan: Mindef

Dec 28, 2016 | 08:10 AM



JABATAN pertahanan Singapura dan Australia "kekal komited" pada perjanjian yang ditandatangani Oktober lalu untuk membangunkan kawasan latihan tentera di utara Queensland, kata Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef) pada Selasa (27 Dis).



Memberi respons kepada laporan baru-baru ini bahawa para peladang menolak menjual tanah mereka bagi tapak latihan itu, Mindef berkata ia akan terus "bekerjasama" dengan Jabatan Pertahanan Australia (Adod) mengenai pembangunan kawasan latihan itu, yang dirancang berhampiran Townsville.



"Mindef dan Adod terus komited untuk melaksana sepenuhnya Memorandum Persefahaman mengenai Latihan Ketenteraan dan Pembangunan Kawasan Latihan yang ditandatangani oleh menteri pertahanan Australia dan Singapura pada Oktober," kata Mindef dalam satu kenyataan.



Tapak yang dirancang, yang akan meningkatkan kehadiran latihan tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Australia, akan melibatkan penjualan 200,000 hektar tanah ladang oleh 23 peladang, lapor akhbar The Sunday Times.



Walaupun berkata mereka tidak menentang perjanjian tersebut, para peladang itu meminta kerajaan Australia menimbangkan tapak lain.



Tanah mereka telah dimiliki selama bergenerasi, kata mereka, dan tapak latihan yang dicadangkan meliputi padang ragut subur.



Berikutan mesyuarat dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk peladang, Anggota Parlimen dan pegawai pertahanan, kerajaan persekutuan bersetuju baru-baru ini mengkaji semula rancangan bagi tapak itu.



Firma audit KPMG juga dijangka menjalankan penilaian kesan sosio ekonomi tahun depan.



Di bawah perjanjian itu, Singapura dan Australia bersetuju membangunkan bersama kawasan latihan baru di Townsville, yang empat kali ganda saiz Singapura, dan juga mengembangkan tapak latihan Shoalwater Bay, tempat SAF mengadakan latihan sejak 1990.



Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Singapura memperuntukan A$2.25 bilion ($2.34 bilion) bagi tempoh 25 tahun akan datang untuk membangunkan kemudahan tentera.



Perancangan induk bagi pembangunan tapak latihan Townsville mungkin mengambil masa dua tahun akan datang, dan pembinaan bermula pada 2019.



Dengan ruang latihan tambahan itu, SAF boleh menambah kepada lebih dua kali ganda bilangan askar yang dihantar ke Australia untuk latihan, daripada 6,600 kepada 14,000 setahun.



Askar juga boleh tinggal hingga 18 minggu setahun, lebih lama daripada 60 hari sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >