Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura dan Filipina harus terus perkukuh hubungan bersama: Presiden Halimah

Sep 10, 2019 | 02:00 PM



Dari Manila



SINGAPURA dan Filipina harus terus memperkukuh hubungannya dan melakukan lebih banyak kerjasama sedang dunia berdepan dengan ketidakpastian dalam ekonomi sejagat, kata Presiden Halimah Yacob.


Beliau berkata dua negara itu boleh bekerjasama dalam tiga bidang - prasarana, modal insan dan inovasi - dalam ucapannya di Mesyuarat Majlis Perniagaan Singapura-Filipina (PSBC) ke-14 di hotel Shangri-La La Fort di Manila tadi.


Berkenaan prasarana, beliau berkata kerjasama itu boleh dilakukan menerusi pelbagai saluran, termasuk kerjasama rentas sempadan dalam kalangan perusahaan kedua-dua negara.


“Pembangunan prasarana adalah kritikal kepada setiap pembangunan negara.


“Singapura bersedia mengongsi pengalaman dan kepakaran pembangunan kita dalam bidang kepentingan kepada Filipina,” kata beliau.


Puan Halimah menambah bahawa kedua-dua negara itu juga boleh bekerjasama dalam membangunkan bakat yang mempunyai kemahiran yang sesuai untuk menyumbang kepada ekonomi digital sejagat.


Tambahnya, masyarakat perniagaan boleh memainkan peranan penting dalam menawarkan program latihan pertukaran dan program bekerja sambil belajar dalam kedua-dua pasaran.


Dalam bidang inovasi pula, beliau berkata kedua-dua negara itu harus menggalak lebih banyak kerjasama antara usahawan Singapura dengan Filipina dan menghubungkan ekosistem inovasi.


“Filipina boleh menjadi tempat ujian (testbed) bagi idea Singapura sementara Singapura boleh berkhidmat sebagai pangkalan bagi firma start-up Filipina untuk memperkembangkan (scale-up) operasi mereka untuk pengembangan sejagat,” kata beliau.


Puan Halimah berkata peluang yang ada tidak terhingga, dengan Filipina sebuah negara yang mempunyai ramai warga muda yang mahir dalam dunia digital (digital savvy).


"Kita harus mempunyai impian besar...Kenapa tidak membangunkan Silicon Valley di rantau ini?


"Mereka boleh mencipta idea baru, huraian baru yang boleh menguasai dunia inovasi. Oleh itu, saya rasa peluangnya ada di luar sana," kata beliau.


Puan Halimah berkata PSBC, yang ditubuhkan pada 1994, merupakan satu wadah berharga yang telah banyak menyumbang dalam memperkukuh hubungan ekonomi antara Singapura dengan Filipina.


"Dengan kerjasama dewan perniagaan, perusahaan dan agensi awam seperti Enterprise Singapore (ESG), mereka telah membina hubungan perniagaan meluas antara kededua negara kita.


"Dengan asas kukuh ini, marilah kita terus memperkukuh kerjasama bermakna ini bagi manfaat bersama rakyat kita," kata beliau.


Awal sebelum mesyuarat itu, Puan Halimah telah menyaksikan pembukaan rasmi pembangunan pelbagai guna pejabat dan pusat beli-belah The Podium – satu projek bersama Keppel Land dan BDO Unibank Inc., iaitu anggota konglomerat Filipina, SM Group. 


The Podium terletak di Pusat Ortigas dalam pusat kawasan bandar (CBD) Metro Manila.


Puan Halimah juga mengunjungi acara pop-up gaya hidup dan makanan Singaporium anjuran Enterprise Singapore (ESG) di pusat beli-belah itu, di mana 17 syarikat Singapura termasuk Jumain Sataysfaction dan Stuff’d Ventures mempamer dan menjual produk mereka.



Pengarah Urusan Jumain Sataysfaction, Cik Samsiah Suliman, berkata acara itu satu peluang bagi mereka membolehkan lebih ramai warga Filipina merasa sate mereka yang dihidangkan bersama makanan kegemaran setempat seperti acar dan nasi.



"ESG telah membantu menghubungkan kami kepada rakan f&b berpotensi bagi kami lebih memahami bagaimana sektor setempat beroperasi dan keupayaan yang kami perlukan untuk memperkukuhkan diri demi memastikan kami bersedia untuk berkembang di Filipina," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >