Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura di tangga ke-32 dalam 40 bandar, menurut indeks keseimbangan kerja dan kehidupan

Aug 08, 2019 | 04:33 PM



SINGAPURA berada di suku paling bawah berbanding 40 bandar lain dari segi keseimbangan kerja dan kehidupan, menurut satu kajian baru yang dikeluarkan Rabu (7 Ogos). 



Singapura di tangga ke-32, iaitu di paras lebih tinggi berbanding tiga bandar Asia lain - Hong Kong, Tokyo dan Kuala Lumpur.



Ini disebabkan masa yang panjang yang dihabiskan pekerja Singapura dalam pekerjaan mereka.



Singapura menduduki tempat kedua tertinggi untuk keamatan kerja, yang mengambil kira faktor seperti jumlah cuti libur yang diambil, cuti bersalin dibayar untuk ibu dan bapa, serta kadar pekerja sepenuh masa yang bekerja lebih 48 jam seminggu.



Helsinki, Munich dan Oslo menduduki tempat paling atas untuk keseimbangan kerja dan kehidupan, manakala Kuala Lumpur, Tokyo dan Buenos Aires berada di tempat tiga paling bawah.



Di antara 40 bandar yang terpilih termasuk bandar yang terkenal dengan menarik pekerja dan keluarga profesional dengan  peluang pekerjaan dan tawaran gaya hidup yang pelbagai, kata syarikat teknologi akses tanpa kunci, Kisi, yang menerbitkan kajian itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >