Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura dilantik semula dalam majlis badan penerbangan antarabangsa

Sep 29, 2019 | 12:52 PM



 



 



SINGAPURA dilantik semula ke dalam Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di sesi majlis yang ke-40, di Montreal semalam (28 September).



Wakil Singapura kepada majlis ICAO diterajui oleh Menteri Penyelaras bagi Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.



“Kami berbesar hati dilantik semula oleh Majlis ICAO serta sokongan daripada Ahli Negara ICAO. Kami akan terus menyumbang secara aktif kepada kemajuan misi ICAO,” kata Encik Khaw, dalam kenyataan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) awal hari ini.



Menurut The Straits Times (ST), Singapura pertama kali dilantik ke dalam majlis pada 2003. Majlis ICAO merupakan badan pentadbiran yang merangkumi 36 ahli yang dilantik setiap tiga tahun.



Singapura dilantik semula pada 2004 dan telah dilantik semula pada pemilihan berikutnya dalam sesi majlis yang diadakan setiap tiga tahun.



Sebagai ahli pakar kumpulan lebih daripada 100 kumpulan ICAO, Singapura memegang jawatan kepimpinan dalam sekitar 20 kumpulan.



Untuk memperingati tahun Bicentennial, Singapura menganjurkan satu majlis jamuan bertemakan Peranakan bagi ahli ICAO di Montreal.



Dalam Facebooknya semalam (28 September), Encik Khaw menitikberatkan kepentingan sektor penerbangan kepada Singapura, yang secara aktif menyertai organisasi demi memastikan sektor penerbangan setaraf dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >