Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura duduki tempat ke-7 sebagai negara paling kurang rasuah di dunia

Jan 25, 2017 | 03:03 PM



SINGAPURA naik satu tangga dalam ranking negara dianggap paling kurang rasuah di dunia.

Ia menduduki tempat ketujuh dalam Indeks Transparency International (TI) Persepsi Rasuah 2016.

Tahun lalu (2015) ia menduduki tangga kelapan.

Bagaimanapun, ia mendapat 84 mata dalam indeks terkini, turun sedikit berbanding 85 pada tahun sebelumnya.

Markah bermula dari sifar, iaitu sangat rasuah, hingga 100, iaitu bersih daripada rasuah.

Negara menduduki kedudukan teratas 2016 ialah Denmark dan New Zealand dengan mencatatkan 90 mata.

Mereka diikuti Finland (89), Sweden (88), Switzerland (86) dan Norway (84).

Negara dalam kedudukan 10 teratas ialah Belanda (83), Canada (82) dan Jerman (81).

Lebih dua pertiga daripada 176 negara dan wilayah dalam indeks tahun ini mendapat markah bawah 50 mata.

Ini termasuk Croatia dan Malaysia, yang terikat di tempat ke-55 dengan 49 mata.

Menurut TI, keputusan tahun ini memaparkan hubungan antara rasuah dan ketidaksamaan, "yang saling memberi kesan dalam satu lingkaran kemiskinan antara rasuah, pengagihan kuasa yang tidak sama rata dalam masyarakat, dan pengagihan kemewahan yang tidak rata".

Pengerusi TI Jose Ugaz berkata: "Dalam banyak negara, ramai terhimpit tidak mendapat keperluan paling asas dan tidur dengan dengan perut lapar setiap malam kerana rasuah, manakala yang berkuasa dan korup menikmati gaya hidup mewah sewenang-wenangnya".

Dalam kenyataan mengenai dapatan itu, TI menyatakan: "Kaitan antara rasuah dan ketidaksamaan juga suapan populisme. Apabila ahli politik tradisional gagal menangani rasuah, orang menjadi sinis.."

"Semakin ramai orang beralih kepada pemimpin populis yang berjanji memecahkan lingkaran rasuah dan pelbagai keistimewaan. Namun, ini mungkin semakin memburukkan - bukannya menyelesaikan - ketegangan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >