Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Singapura giat ikuti perkembangan pembangunan vaksin denggi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singapura giat ikuti perkembangan pembangunan vaksin denggi

Dec 30, 2015 | 09:15 AM

PIHAK berkuasa Singapura sedang mengikuti perkembangan syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi Pasteur, dan rancangannya mendaftar vaksin penyakit demam denggi.

Jurucakap Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata ia dan Kementerian Kesihatan (MOH) sedang giat mengikuti pembangunan vaksin itu dan telah menghubungi Sanofi mengenai hasil ujian klinikal dan rancangan pendaftarannya, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (30 Dis).

"Memandangkan masalah kesihatan awam berkaitan denggi, HSA juga telah bekerja rapat dengan syarikat itu untuk memberi nasihat mengenai proses pendaftaran."

Jurucakap itu berkata data yang dikemuka oleh syarikat tersebut akan dinilai dengan teliti bagi memastikan vaksin itu selamat, bermutu dan berkesan sebelum ia disediakan di Singapura.

"Perbincangan sedang dijalankan dengan HSA untuk membuat vaksin denggi pertama di dunia boleh didapatkan di Singapura, menurut Pengurus Besar Sanofi Pasteur Singapura, Malaysia dan Brunei, Encik Baptiste De Clarens.

Pada Ogos tahun lepas, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air ketika itu, Dr Vivian Balakrishnan, berkata di Parlimen vaksin denggi yang dipasarkan oleh Sanofi "tidak cukup bagus" untuk Singapura.

Beliau berkata, ia tidak cukup berkesan terhadap dua jenis viarus denggi yang paling biasa di sini, jenis 1 dan 2.

Risiko kumpulan yang diberi vaksin itu mendapat penyakit tersebut berkurangan 50 peratus bagi jenis 1 dan 35 peratus bagi jenis 2, berbanding kumpulan yang tidak diberi vaksin itu.

Sanofi Pasteur juga akan memfailkan vaksin itu untuk kelulusan kawal selia di 20 negara, terutamanya di Asia dan Amerika Latin, menjelang tahun ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3