Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Singapura hantar bekalan bantuan ke Indonesia bagi tangani Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singapura hantar bekalan bantuan ke Indonesia bagi tangani Covid-19

Jul 09, 2021 | 02:04 PM

DUA pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah berangkat ke Indonesia pagi Jumaat (9 Julai) untuk menghantar kumpulan pertama bekalan perubatan dan peralatan Covid-19 sebagai bantuan dari Singapura kepada Indonesia.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (9 Julai), Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata, bekalan bantuan itu termasuk tank dan alat penumpu oksigen, alat pernafasan dan alat perlindungan peribadi seperti pelitup pembedahan, pelitup N97, sarung tangan dan pakaian perlindungan untuk membantu usaha Indonesia menyekat pandemik itu.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan yang berada di Pangkalan Udara Paya Lebar pada Jumaat pagi berkata: 

“Pagi (Jumaat) ini saya berbahagia untuk menyerahkan bekalan perubatan dan peralatan Covid-19 kepada Duta Indonesia Suryo Pratomo di Pangkalan Udara Paya Lebar, bersama rakan kerja saya daripada Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef).”

Menurut kenyataannya di Facebook itu, Dr Balakrishnan telah berbincang dengan Menteri Ehwal Luar Indonesia, Encik Retno Marsudi awal minggu ini mengenai peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negara itu.

Indonesia, antara Asia Tenggara yang terjejas teruk pandemik itu hingga mencatatkan lebih dua juta kes jangkitan sehingga kini, juga dilaporkan mengalami kekurangan bekalan oksigen dan katil hospital.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3